TUKANG BACA

Sabtu, 20 Ogos 2011

TRIP BAKO (PART 2)

salam. selamat berjumpa kembali.

sudah. malas untuk aku mengutarakan mukaddimah.
kita sambung sahajalah bab seterusnya dari entri lepas.

agak-agak petang hendak ke maghrib.
kami mula berbondong-bondong membawa barang ke tapak perkhemahan. penuh. kiri dan kanan.

pasang punya pasang. tak jadi juga. sebab khemah aku, dorathy, jane dan nabihah tak dapat pacak. akhirnya. abang matt yang tolong pacakkan.

tapi khemah kami tak secantik khemah sebetulnya. sebab. pasangannya salah. jadi tidak sekata.

tidak tahu mana pergi pasangan yang sebetulnya. tidak mengapalah. asalkan dapat berdiri. tidak tumbang. hehe.

kami dipesan. "hati-hati. kat sini banyak monyet nakal."

selepas solat maghrib di surau gelap.
abang naim dan ajk memasak yang dilantik pergi membuat persediaan untuk saat BBQ.
kami yang lain pula ikut abang matt masuk hutan.

malam pekat. masuk hutan melalui jalan kecil yang dibina bersama sebatang lampu suluh.
masing-masing. bermuka teruja. untuk memulakan ekspedisi malam.

semacam keretapi. kami berjalan sambil menyuluh-nyuluh kiri. kanan. mencari haiwan kecil. melihat pokok gergasi.

semuanya konon menyuluh . menunjukkan kepakaran dalam permainan zoologist ini.

pemenangnya adalah hajar. sebab dia paling banyak menjumpai ular berbisa. tak silap namanya ular kapak.

ular kapak yang dijumpai kecil kecil. tapi jangan main-main, ular kapak adalah ular paling terbisa.

mata hajar memang tajam. haiwan yang sekecil alam di atas pokok pun dia boleh nampak.
memang sesuai menjadi seorang zoologist. hehe.

err. kalau aku. jangan haraplah.
aku rasa kalau berpuluh-puluh kali aku pergi pun. aku rasa haiwan-haiwan ni sama je kot.
tak kiralah kau ular kapak. ular tedung. ke ular lidi.

bagi aku kau ular juga kan? hehe.

*maaflah ya ular. kalau anjing aku dapat detect lah. walaupun jauh macam mana pun. 
er. sebabnya. aku takut anjing.

kaki memang kebas. kejang. dan penat.

hampir pekat malam.
kami sambung perjalanan ke tepi pantai.
ramai yang dah menyerah. sebab penat. dan tak kuat lagi berjalan.

perjalanan di tepi pantai menyeronokkan. serius.

lihat umang-umang.sang parasit yang sesuka hati menumpang di mana-mana.
jenguk sang ketam kecil yang banyak terkedek-kedek berjalan. kadang-kadang ketam-ketam ini mengejutkan orang. mula-mula berjalan senget. selepas itu ke hadapan. laju.

menikmati indahnya malam pekat disinari bulan bintang.

ikut abang matt. sampai di suatu tempat.
berjalan punya berjalan. akhirnya. tiba di atas jambatan.

kemudian. dengan dramatiknya. abang matt menyuruh kami mematikan lampu suluh.



1..



2..



3..




wah~ banyaknya kunang-kunang.

dengan teruja. kami duduk melihat cahaya-cahaya kecil. 
memang membuatkan hati nyaman. tenang.
indahnya ciptaan tuhan.

kunang-kunang.
timbul tatkala malam hitam. dengan secebis cahaya.
namun kunang-kunang juga cepat layu. dan mati.
singkat detik hayatnya.

menikmati betapa indahnya ciptaan tuhan sambil bermulanya sesi kaunseling. 
dikendalikan oleh abang matt yang konon agak pakar.


"kau pulak nak minat apa?" ujarnya. bila tiba giliranku.

"err. saya minat bidang-bidang grafik. multimedia. penulisan ==''
*semuanya macam tiada mengena je dengan asasi sains fizikal.


"kadangkala benda yang kau minat tu. perlu disertai dengan bakat.
tanpa bakat susah juga."


"kau semua buatlah sesuatu benda berdasarkan minat kau. 
sebab tak minat. ramai yang looser. ramai kecewa dengan pekerjaan sendiri.
jangan dengar cakap mereka yang kata oh. kau mesti jadi engineer. kau mesti jadi doktor. 
kalau tak minat memang tak jadi apa."

buat benda yang kita minat.
ya memanglah. tapi orang kata minat boleh dipupuk?

antara minat yang dipupuk dengan minat yang memang tersedia ada. semula jadi.
aku rasa ada benarnya kata abang matt. minat yang dipupuk secara rela paksa kadang-kadang senang juga untuk menyerah. menjadi tidak rela untuk diminati lagi.

tapi. ada baiknya kita belajar. dan terus belajar.
kerana apa yang kita pelajari adalah ilmu.

"kadangkala apa yang kita hendak lakukan tidak semestinya dapat. kita hanyalah boleh memujuk hati dan menyesuaikan diri dengan apa yang kita peroleh." teringat kata-kata seorang kaunselor, tuan haji saidin.err. alamak. betul ke namanya?

masing-masing sunyi .memikirkan masa depan yang masih malap. umpama malam pekat yang belum mendapat serinya dari sang kunang.

balik semula ke tapak perkhemahan.
makanan sudah siap. yeah! acara makan-makan dimulakan.
siap ada nasi segala. makan puas-puas. bercerita sampai tengah malam.

masuk khemah. lelapkan mata.
selamat malam dunia.

yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aku setuju ngan tuan haji saidin...walaupun kita tak minat kimia tapi kita dapat markah yg cemerlang dlm kimia....mmg kene r pujuk hati tu amek course yg de kaitan ngan kimia...sebagai contoh sahaja

amii afandi berkata...

ya. yang penting. apabila kita sudah dapat sesuatu itu. kita cuba untuk menyesuaikan diri dengan segala macam walaupun serumit apa pun.

jangan merungut. perjalanan kita masih panjang.