TUKANG BACA

Jumaat, 23 September 2011

TERSENYUM MEMANDANG LANGIT

sambungan dari kisah percintaan atas jalan.


pada tengah malam. aku sedang berbaring. berbaring bertilamkan lantai hitam legam yang diserikan dengan batu-batu kecil. hendak kata sakit, err. tidaklah. cukuplah rasa selesanya berbaring di situ bagi seorang aku.

kupaling ke sebelah. ada jane. sebelah jane ada dorathy. disebelah dorathy kelihatan husna. sebelah husna pula ada roomatenya, rini.

cukuplah sekadar kau mengenali mereka sebagai teman yang senantiasa mewarnakan kanvas hidupku.

lihat atas. hitam mula menunjukkan belang. pekat. namun tidak menenggelamkan bulan penuh yang bersinar. sinarannya mampu menarik perasaan untuk berulangkali menatap. kehadirannya mampu membuatkan bibir yang seringkali tidak bermaya mengerah otot untuk mencipta segaris senyuman. senyuman yang bahagia. paling bermakna.

namun adakah kau yang aku rindu turut bahagia di sana semacam aku detik ini?

rasa bahagia yang hanya datang sementara waktu dan kemudiannya dengan lenang dimusnahkan dengan suatu jalan kehidupan biasa. kehidupan yang mati dan berulang-ulang. tiada daya yang dihasilkan untuk mengubah sifat pegun yang kelihatan kosong jiwa itu. 

kupandang kearah rakan-rakanku yang turut berbaring. kini. aku tidak berseorangan. aku memandang bulan  dengan ditemani orang.  tidak sepi seperti tempoh hari yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang sehingga mematikan sifat kemanusiaan.

aku sudah ada mereka. kau?

ketahuilah kau ada aku. walau kau berseorangan, kau tetap ada aku. 

"sila pandang langit kalau rindu."

walaupun tiada bintang yang menemani bulan. aku tahu bintang tetap mengiringi bulan meskipun tidak jelas kelihatan. bintang tetap akan mendoakan kesejahteraan bulan agar bulan cantik bersinar seperti sediakala.

begitu juga dengan aku. walaupun kita sudah tidak seringkali bersama. namun. aku tetap ada untuk kau. aku tetap akan mendoakan kesejahteraan kau yang jauh di mata, dekat di hati.

hatiku sentiasa akan teringatkanmu. sentiasa.
sesekali tidak pernah lupa

bulan bisa membuat aku mengukirkan senyuman.

sama juga dengan kau. 
sebab yang pasti kau adalah bulanku.
 

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku suka lagu tu. membawa makna yang mendalam.

Melle Abadi berkata...

aku suka

amii afandi berkata...

thanks:)

Tanpa Nama berkata...

jiwangnya kau.