TUKANG BACA

Khamis, 27 Oktober 2011

SEBELAS PERKARA

assalamualaikum.

err. lama sudah kubiarkan kertas putih ini kosong tanpa isi. mungkin kerna kekangan masa yang suka mencemburui aku. ataupun perihal diri sendiri yang sukar untuk mengutarakan perkataan disebabkan otakku kelu.

oh. final exam aku lagi dua minggu.

bila ditolak makan. tidur. mandi. main. online. jalan. borak. berangan. aku rasa berapa jam sahaja yang tersedia untuk aku menghadapi final exam.huh.

baiklah. sebenarnya. aku telah di"tagged". untuk menjawab beberapa soalan maut yang aneh lagi bisa membuatkan dahiku berkerut. dan otakku yang kini ketandusan idea terpaksa berkerah untuk bekerja.

terima kasihlah wahai encik paracetemol + penyayang kerana memberi idea kepadaku agar tidak lagi mengetepikan kertas kosong yang suci ini daripada terbengkalai dan tidak terisi.

oh. sebelum aku menjawab soalan beliau. terdapat pelbagai syarat yang perlu diikuti. err. tak tersangka dalam permain tag ini, ada juga peraturannya ya.

lecehnya. ==''
apa-apalah.

sebelas perkara mengenai aku:



  • disebabkan aku amat meminati mata pelajaran sejarah, aku pernah bercita-cita mahu menjadi ahli arkeologi. 
  • kebanyakan orang akan ingat yang aku ini berdarah jawa ==''. err. aku pun tidak pasti. sebab. mereka turut mengujarkan pertanyaan ini kepada mama. jawab mama, "ehh mana ada jawa. melayulah".
  • aku tidak menyukai kira-kira. err. tapi sekarang aku haruslah berkira-kira untuk suka atau tidak padanya. 
  • walaupun adik-adikku ramai, aku tak tahu berinteraksi dengan budak kecil. namun, hatiku akan melonjak kegembiraan apabila bersama dengan kanak-kanak perempuan. yang comel dan genius.
  • aku amat suka lagu rap dan indie. dan cuba sedaya untuk menghafal rapnya. wahah. 
  • apabila melihat ikan keli ataupun udang. rakanku pasti akan teringat padaku. serius ikan keli dan udang sangat sedap.
  • aku suka tarian shuffle. popping. dan seangkatan dengannya.
  • segala bahan bacaan aku suka. termasuklah komik doraemon mahupun naruto. asalkan ianya dipanggil bahan yang boleh dibaca.
  • kadang-kadang kau nampak aku ini sebagai seorang yang tidak ingin tahu. sebenarnya dalam masa yang sama. aku suka mengambil tahu. 
  • aku seorang yang sukar untuk mengikut peraturan. tetapi amat mahu untuk menjadi pengubal peraturan.
  • aku suka mencipta lagu aneh-aneh. yang menggambarkan aku sedang senang hati walaupun tak adalah senang macam mana.
wah. panjang la pula dah -.-''

baiklah. seterusnya, ini adalah beberapa soalan aneh yang telah diutarakan oleh si encik tersebut :

segala yang berlaku dalam dunia ini adalah yang terindah. walaupun pengalaman itu meninggalkan secubit gula mahupun menaburkan segenggam cuka.

err. susah mahu jawab. yang pasti aku akan sedaya upaya untuk meneruskan hidup meskipun dikurung. mati itu pasti, hidup perlu tentu lagi. namun begitu, menjaga nyawa adalah penting.  

err. pujian apa? err. pujian yang bisa membuatkan aku tersipu-sipu malu. 

mestilah coklat. hehe. kalau kek pula, cheese cake. komfem tak tertahan.

aku tak pernah menjadi olahragawati. err. sekiranya berlaku, mungkin aku akan ucapkan "badan sihat otak cergas!" (asal sukan je, mesti ingat tagline ni -.-'')

soalan ini juga bisa membuatkan aku mengerah otot-otot di kepala. yang penting. jangan buat tidak tahu. ambil tahu segala perkhabaran yang berlaku meskipun tiada apa yang kita boleh sumbangkan. 

bidang penulisan :) aku sukakan bahasa.

bahasa melayu. bahasa jiwa bangsa kan? takkanlah aku nak menulis dalam bahasa zimbabwe. kalau peminat itu meminati aku, dia pasti akan berusaha mempelajari bahasa melayu bagi memahamkan isi tersurat dan tersurat yang terkandung.

tersengih. dan ketawa. tindakan refleksi yang akan disebut adalah "gila".

 cerah ke hari ni? ohoo. mungkin secerah warna yang aku pakai.

bangkit dengan perasaan terkejut. dan berpeluh-peluh. menangis juga kot. pasti satu hari itu aku akan terfikir pasal mimpi tersebut.

berikut adalah sebelas soalan yang perlu aku beri:

-apakah impian kau pada zaman kanak-kanak yang kau selalu angankan?

-mengapa zaman sekarang ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan berenjin daripada menggunakan basikal mahupun beca? bukankan hal ini mengakibatkan perncemaran?

-kalau kau ada masalah. macam mana kau menyelesaikan masalah kau?

-bagaimana nak elakkan diri daripada selalu berlaku cuai dalam mebuat segala perkara termasuk melakukan soalan yang melibatkan kira-kira?

-dunia sekarang penuh dengan keraguan. bagaimana cara untuk mendapatkan kembali kepercayaan kepada dunia?

-andai kata kau ternampak anjing hitam yang besar berdekatan dengan kau, apakah yang akan kau lakukan?

-jika orang terdekat kau merajuk, bagaimanakah cara untuk memujuk? 

-oh. dunia sekarang aneh bukan? 

-apakah cara untuk mengerahkan minda supaya menjadi lebih mantap?

-kau rasa tidak membazir ke malaysia hantar angkasawan? lebih baik mereka menggunakan duit yang beribu-ribu ringgit itu menolong orang susah dan sangat memerlukan.

-apakah perkara yang bisa menjadikan kau layu dan tidak bermaya sepanjang hari itu?


nah kau. silalah jawab ya :

sitinurnadilla
areen
melle
nota gadis
arpiiz
nabihah
quixotic-qra
aaj
doerathy
rini azmeera
bubuhusna

sebenarnya aku tak tahu nak tag siapa -.-''

yang benar,
amii afandi.

11 ulasan:

L.I berkata...

hahahahhahaha.....terbaek r...kelakar sungguh jawapan cik amii...walaupun x berapa memuaskan...lalalalala

amii afandi berkata...

hahaha. tak memuaskan hati encik ke? wahaha. sapa suruh bagi soalan yang membuatkan dahi ini berkerut-kerut. tengok dah merepek.-.-''

Adila Aj berkata...

Hehehehe tidak mengapa :D tp terbaiikkk

amii afandi berkata...

adila: hehehe. silalah jawab:P

UNOEME berkata...

saya pun tidak terkata....jawapan cik amii sangat kelakar......hahaha...terbaik dari ladang laa!!! tetapi cik amii kenapa mesti tag saya? malu la...eheheh

amii afandi berkata...

unoeme(nama apakah ini?):cittt. mestilah tag kamuu. jangan malu-malu. hehehe

UNOEME berkata...

hahah...cik amii...awak faham tak maksud ayat UNOEME ini? ia bermaksud awak kenal saya...hehe..you know me..

UNOEME berkata...

haha..cik amii faham tak maksud ayat UNOEME ini? ia bermaksud saya kenal awak...you know me..hehe

amii afandi berkata...

err. bahasa apa tu? hahahaa, yolahhh. I know you. tee heee~

Zalikha berkata...

wuah2 amii bermadah pujangga. ada jawapan ko yg mmg lawak la! haha

weyh, font apayg ko guna untuk rules tu? comel la. kite nak tahu

amii afandi berkata...

=='' hahahahaha. jawapan mana yang agak lawak?

ehem. yang rules tu aku printscreen je kat blog encik paracetemol. malas nak taip balik. hehehe

tanya encik tu dia guna font apa.