TUKANG BACA

Rabu, 16 November 2011

AKU KAN KAKAK. DIA KAN ADIK

sekarang aku sedang cuti. yeah.

sebelum cuti dulu. banyaklah benda yang dirancang dalam fikiran mengenai aktiviti yang akan aku lakukan. nak buat itu. nak buat ini. rasa macam tak sabar langsung mahu tunggu cuti.

err. tapi. apabila sudah cuti ini rasa macam sudah tak tahu nak buat apa. kalau nak online 24 jam serius aku cakap. bosan.

kebanyakan masa aku dihabiskan dengan bermain game barbie online. err. entah. mungkin masa zaman kanak-kanak aku dulu aku tidak berkesempatan untuk bermain mainan itu.

bercerita mengenai zaman kecil. aku teringat. dulu aku sentiasa menjadi sang pembuli. pembuli kepada adik aku yang pendiam dan terpaksa mengikut cakap kakaknya, si pembuli.

mengingati diriku yang berperangai hodoh dahulu bisa membuatkan aku mengukir sebuah senyuman. sinis. mengejek perilaku sendiri.

mungkin sebab kesemua adik beradikku jantan belaka, tahu sahajalah apa yang sentiasa menjadi permainan mereka. kalau tidak main gusti. mesti main kad yugi-oh. tapi. kalau permainan macam kereta dan segala apa yang kanak-kanak tipikal selalu main memang tiadalah. mak aku tak pernah beli. kalau ada pun orang bagi. tapi yang itu bosan punya.

oleh sebab aku tiada rakan sepermainan untuk aku bermain barbie, masak-masak dan cikgu-cikgu, aku menjadi sang pembuli. membuli adik aku agar dia mendengar dan mengikut segala cakap aku. wah, bunyi memang macam gila kuasa.

biasalah. aku kan kakak. dia kan adik.


selalunya aku akan memerintah adikku untuk bermain cikgu-cikgu. aku sebagai cikgu. dan dia sebagai murid. adik aku yang seorang lagi, adli memaksa abangnya itu tidak mengikut cakap aku. terus naik syeikhla aku jawabnya.

err. tapi dengan adli tu dulu aku takut. sebab kalau dia mengamuk memang macam hulk. mata merah dan suka koyak baju.

tapi tu dululah. sekarang aku tidak tahu bagaimana dia boleh menjadi seorang yang agak peramah dan disukai oleh budak-budak. lagi-lagi si khadijah dan si comel zahrah.

sebenarnya. aku pun tak tahu kenapa aku cerita semua ini. tapi yang pasti. adik aku yang pendiam itu membesar dengan perwatakan yang misteri. err. bukanlah misteri sangat. cuma pendiam dan apabila mula bercakap, memang macam sakit hati.

"kak, kau dulu suka buli aku kan?"
ceh. aku hanya mencebik.

macam mana aku buli dia dulu pun, dia tetap hormat pada aku. kau nak tahu sebab apa?
sebab. kalau dia keluar sahaja, mesti lepas itu dia cakap dengan aku dia pergi mana. aku pun buat diam je la. kalau mulut aku ni celupar, dah lama nanya adik aku tu. asalkan dia tak buat benda bukan-bukan sudah.

masa dia darjah lima. aku selalu hentam karangan dia. aku kutuk. dia diam sahaja.
tup tup. akhir tahun dia dapat hadiah. sebab penulisan dia paling tertinggi dalam semua darjah lima.

mak aku kata, "kau tengok adik kau. kau kutuk-kutuk dia. tengok-tengok dia dapat tertinggi dalam karangan."

aku diam. buat muka macam tiada perasaan. tapi dalam hati aku memang bangga. bangga sebab aku kakak dan dia adik aku.


dan sekarang. aku rajin belajar sebab aku rasa semangat dia.
dia tidaklah pandai macam adli. tapi dia rajin. senyap-senyap dia belajar dalam bilik. kadang-kadang dia belajar atas meja makan.

aku fikir. kalau dia belajar, asal aku tidak?

tidak apalah. sebab aku kakak dan dia adalah adik aku, apa salahnya kalau aku ikut dia kan? sekali sekala.

ini bukan pada dasar siapa adik siapa kakak. ini adalah pada dasar pertalian darah yang utuh dan saling mengingat.

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

teringat aku video DIGI tapi versi lelaki 'aku kn abang'....kah3

amii afandi berkata...

hahahahaa. iklan itu memang memberi inspirasi. haa

philljane berkata...

best jugak jd adik2 kau..haha

amii afandi berkata...

haaahhahaa.

aku kan memang 'kakak' kau. tee hee~

Nadilla Jamil berkata...

asal dedek dalam semua gambar die nangis? and kenapa rambut kau inci dia kalah songkok pak ngah? LOL

amii afandi berkata...

sebab dia kan cengeng. --''
selalu kena buli. tulah sebab nangis.

LOL. pakngah punya songkok lagi tinggi okey.