TUKANG BACA

Sabtu, 19 November 2011

BAGI TIGA SEBAB

ada suatu cerita.

semasa aku dalam kereta. menemani mama mengambil adik-adikku, anaqi dan abqari pulang dari sekolah agama. kami berborak-borak mengenai itu dan ini. err. aku pun sudah tidak ingat sangat apa yang diborakkan bersama mama. aku rasa aku sudah mula tidak malu bercerita itu dan ini dengan mama. walhal dahulunya aku berasa amat segan. mungkin sebab sudah berjauhan. makanya apabila pulang mamalah tempat untuk bercerita.

kalau dulu bergayut sana bergayut sini. semata-mata melepaskan mulutku bebas berbicara. oho.

cerita punya cerita. sampai ke suatu cerita yang membuatkan pinggangku bagaikan digeletek. geli. dan membuatkan kotak ketawaku aktif berfungsi. juga mengerah otot-otot di muka bertindak mengikut emosi yang mengalir.

ianya mengenai adikku yang darjah lima. anaqi. yang lagi seorang, abqari baru darjah tiga.

"kau nak tahu. mama nak suruhlah abqari jadi pengawas sebab mereka (adik-adikku) dulunya pengawas. mama cakaplah dekat anaqi."

mama sudah mulakan ceritanya.

***********************

"aqi, esok cakap kat cikgu ghandi (cikgu pengawas) yang mama nak abqari jadi pengawas."

anaqi bertanya, "bagi tiga sebab."

"sebabnya:
pertama, mama suruh abqari jadi pengawas.
kedua, dah ada baju warna biru. tak payah nak beli.
ketiga, kalau kasut warna hitam senang. tak payah basuh. "



************************

esoknya anaqi pun pergi ke sekolah dan berjumpa dengan cikgu pengawasnya, cikgu ghandi.

"cikgu, mak saya nak suruh adik saya jadi pengawas. mak saya kata ada tiga sebab."

anaqi terus memberitahu tanpa disoal kembali.

"pertama, sebab mak saya memang suruh adik saya jadi pengawas.
kedua, mak saya kata dah ada baju warna biru. tak payah nak beli lagi. 
ketiga, mak saya kata kasut hitam tak payah basuh. senang."

cikgu ghandi menjawab. "awak ingat senang-senang ke macam tu nak jadi pengawas??"

=.=''



hahahahahah. 
aku dah gelak guling-guling. yalah. nak salahkan siapa? salahkah si anaqi itu?

tepaksalah mak aku mengulam jantung mengenangkan perangai adik aku yang seorang.

yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: