TUKANG BACA

Sabtu, 26 November 2011

WARNA APA YANG SESUAI DENGAN OREN?

aktiviti waktu cuti.

minggu pertama.
hari isnin. lepak dengan quratul, eika dan fadhilah. pusing-pusing sunway walaupun tahu duit sudah kering kontang. hanya minta belas ihsan mama serta abah dalam sepuluh atau dua puluh ringgit. kumpul-kumpul. cukuplah cuma empat puluh tujuh ringgit sahaja.

sebelum pergi. aku bertanya kepada eika, "apasal tak pergi IOI je? aku sebenarnya tak ada duit ni."

dia menjawab. "alah. kat sunway bukan kau beli apa pun. nanti pergi IOI lagi macam-macam kau nak beli."

oh. aku tahu aku boros.

jalan. kemudian makan pretzels. jalan lagi. kali ini masuk mph. toleh-toleh buku. niat dalam hati nak beli 'aku bukan malaikat' atau karya-karya hilal asyraf. err. setelah berfikir agak lama, serta merta kucapai pula 'contengan jalanan'. ah.

sepatutnya aku hanya perlu pinjam sahaja dari budak-budak unimas. almaklumlah. kalau nak jumpa dengan peminat hlovate ini senang. berlambak.

jalan lagi. dan singgah pizza hut. err. sudah tidak terhitung rasanya berapa kali aku menjenguk restoran pizza hut dalam masa sebulan.
berapa kali ya? tiga atau empat kali? rasanya macam tujuh atau lapan kali. err mungkin juga genap sepuluh kali. tidak mustahil hampir mencecah lima belas kali.

apa tidaknya. dalam masa seminggu, aku dah jejak kaki ke pizza hut selama dua kali. dengan mereka itu sekali. dengan maklang pun sekali. oh. kaya kau pizza.

hari-hari mendatang dihabiskan hanya dengan tergolek di rumah. rutin yang sama. bangun. makan. online. tonton televisyen. ikut mama jalan-jalan. itu pun sekadar ke gerai nasi lemak. kemudiannya, aktiviti rutin itu diakhiri dengan tidur.

minggu kedua.
sebenarnya. rumah aku sedang diubahsuai.
khas buat mereka yang seringkali mengunjungi rumahku. walaupun kau dah berkali-kali datang, tetapi setiap kali datang mesti kau saksikan perubahan rumahku kan?

nak buat macam mana. mama suka sangat renovate rumah. masa aku balik raya hari itu, aku terkejut. aik? bila masa dinding ni dah cat oren?

tidak cuma itu, sekali lagi aku terkejut apabila aku mula-mula sampai rumah untuk cuti semester. sejak bila ada kabinet itu? kenapa dah pindah ke sini? mana itu mana ini?

semenjak ada kabinet baru di dapur. aku sudah tidak tahu dimana letaknya sudu. dimana letaknya cawan. dimana letaknya segala benda alah bawang. argh. segala sudah berubah.

hal ini turut membuatkan aku malas ke dapur walaupun hakikat sebenarnya aku ini memang sedikit pemalas. bertambah-tambahlah kemalasan aku untuk masuk ke dapur.

oh. belum habis lagi. kali ini mama nak buang pula segala singki biru. habis berterabur bahagian dapur dikerjakan oleh pekerja wak indonesia. tiga hari kelentang kelentung. nasib baik wak dan sekutunya dah selesai kesemua kerja sebelum perlawanan malaysia dan indonesia. tak nanya ke nanti kot kot dia bako sahaja dapur rumah aku sebab indonesia kalah? satu hal.

apabila sudah selesai renovate, dapur tiba-tiba menjadi luas dan cerah. bersinar. bak bidadari yang muncul dengan cahaya sinarnya. err. apa-apalah. kini, mulalah operasi kami adik-beradik dalam pengerahan paksa tenaga kerja.

kami disuruh cat dapur itu. dengan kombinasi dua warna. tapi. kombinasi ni semacam tidak kena.

kelmarinnya, mama asyik menelek katalog cat yang banyak. mama memang suka simpan katalog cat. macam-macam warna ada. tapi yang peningnya, mama ambil masa dua hari untuk pilih cat. sampaikan aku sekali turut jadi mangsa. "warna apa yang sesuai dengan oren?"

aku cakaplah. "pilihlah warna krim."

"ah. tak nak lah. pudar aja rasa. warna lain."

aku pilih warna itu, dia tak nak. aku pilih warna ini, dia juga tak nak. macam-macam alasan. haih. bosan. akhirnya, keputusan hanya dibuat setelah berada di kedai cat. sudahlah aku, si tukang ikut sempat tidur dalam kereta. bangun-bangun dengan mamai masuk kedai cat sudah ditanya. "sesuai tak warna ini?"

malas fikir aku iyakan sajalah. nanti banyak komengnya pula.

balik dan mulalah operasi cat mengecat.

hai. hensem tak saya?

mula-mula kita catkan dinding dengan warna putih bagi menghilangkan tompokan cat lama.

pengecat yang diimport dari kinrara. oh abang arep perangkap si eric leong. 
yang baju merah itu adli. baru cat sikit kemudian lari.
hai. awak ingat saya pun tak boleh cat ke? saya pandai tau.
*orang nak cat, dia pun nak juga. 

sambil mengecat. si anaqi, chef wan hari itu menggoreng roti canai buat minum petang. tidak sampai beberapa minit , anaqi mula sorok-sorok berlalu dari dapur. terpaksalah mama yang sambung kerja menggoreng itu. err. aku tukang ambil gambar sahaja. tapi kadang-kadang tu aku jugalah yang terpaksa memulakan acara cat mengecat ini.


kerja cat mengecat seterusnya disambung pada waktu malam dan keesokan hari. cat warna oren sudah. tinggal hanya cat warna pelik hijau kuning. 

datang-datang abang arep dah bising. "mak cik ani, apasal warna ni macam warna tahi. tak selera orang nak makan."

"macam tahi orang sakit."

aduh. mulut memang tak makan saman. mama jawab, "mana kau tahu tahi orang sakit macam ni? kau pernah tengok ke?"

nah. tengoklah kau warna yang serupa dengan warna tahi orang sakit.

taraa. itulah warna pelik. 

dah beres semua kerja. mama masih tak puas hati. gara-gara mulut celupar si abang areplah tu. dahlah dia nak tukar dengan warna krim. aku pula disalahkan kerana memilih warna tahi orang sakit.

oh. sekali ini haruslah aku berlari dari dilihat oleh mama. nanti disuruhnya memilih cat apa yang sesuai. karang terpilih pula warna semacam tahi lembu. susah pula kang jadinya.

yang benar,
amii afandi. 

Tiada ulasan: