TUKANG BACA

Khamis, 8 Disember 2011

BUKAN ANGAN-ANGAN. INI IMPIAN.

entah. aku sudah tidak tahu bagaimana mahu bilang apa yang aku rasa.
rasa mengenai kau. rasa mengenai mereka. juga rasa mengenai dunia.

rasa aku sudah mati. mati ditelan revolusi global yang menyinga meledakkan belangnya.

aku tidak mahu semua itu. aku tidak mahu hidup dengan wang. aku tidak mahu hidup dengan kemajuan dunia yang menggeledak. yang aku mahu hidup dengan kegembiraan. yang penuh dengan kasih sayang.

aku orangnya tiada impian. hampir juga tiada cita-cita. masa kecil aku tidak pernah terfikir tentang yang nama impian. yang ada hanyalah angan-angan. angan yang tidak masuk akal dan hanya dirakamkan bagai sebuah cerita.

itu bukan impian. itu angan-angan. bukan dalam dunia realiti.

mungkin aku sudah rasa apa yang orang lain mahu. entahlah. yang pasti aku selesa dengan hidupku. cukuplah. aku ada keluarga yang indah. aku ada rakan-rakan yang lucu. kadang-kadang apa yang aku mahu semuanya sudah dapat. sampaikan aku pun tidak tahu apa yang aku mahu.

tapi sekarang. aku punya satu impian. suatu impian yang nyata. yang realiti.
satu impianku. tolong jangan padamkan kegembiraan. tolong jangan ambil kasih sayang. sesungguhnya aku tidak mahu cerita kita berakhir begini.

namun adakah aku berhak bermimpi sebegitu?


yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sgt menyentuh . mcm pernah rasa perasaan itu :(

amii afandi berkata...

terima kasih. sekadar meluahkan apa yang dirasa.

L.I berkata...

cukuplah sekadar tuhan berada di dakapan kita....insyaALLAH

amii afandi berkata...

INSYAALLAH.

sekamar rindu berkata...

salam..
entri yg terbaik...

*folo ur blog

amii afandi berkata...

terima kasih.