TUKANG BACA

Jumaat, 23 Disember 2011

RUGI KALAU MARAH-MARAH

salam.
sekarang hari jumaat. malamnya sabtu.

seminggu telah berlalu. cuti sudah habis. dan semester kedua sedang bermula.

seminggu ini rasa macam lambat pula masa berlalu. itulah. rasa menyesal. sebab pergi pohon pada masa supaya perlahan sedikit pergerakannya. rasa macam dah lama balik sarawak. duduk menginap dalam bilik BB48. rindu pula nak duduk rumah. lepak. gelak-gelak layan olivia dan delicious gakuin. apa lagi. bersama si genit anaqi dan abqarilah.

minggu belajar sudah bermula. macam-macam pula peristiwa yang berlaku. mari sini. aku nak cerita.

begini. tak sampai beberapa hari di sini, ada sahaja makhluk yang nak cari pasal. hari isnin kelas aku habis awal. pukul sepuluh lebih. aku dengan senang hati bernyanyi lalala balik ke bilik. okey. tipu. tak ada lah nyanyi lalala. sebab hati pun tak adalah senang sangat. sekadar biasa-biasa.

sampai bilik. "pergh, apahal ni?"

kasut-kasut yang tersusun cantik di rak habis bersepah. yang jadi mangsa bilik aku dan bilik orang depan.


menyirap. memang rasa nak marah. belum apa-apa lagi dah cari pasal. macamlah aku tidak boleh agak semua ini angkara siapa. nak cari gaduh, janganlah dengan aku woi. aku tak kacau kau. jadi jangan kacau aku.

dengan hati yang sebal. aku susunlah balik kasut-kasut bersepah itu. kemudian, mulakan pengaduan kepada roomateku, nabihah dan mengambil langkah sewajarnya.

kata putus dibuat. koleksi kasut dibawa masuk ke dalam. aman sikit rasanya. tidak rela kalau kasut aku dinyorokkan. ataupun dicampakkan ke dalam tong sampah. ataupun tiba-tiba dengan ajaibnya berada dalam tandas. huh tak rela.

nampak sangat yang aku sayangkan koleksi kasutku. dah namanya perempuan. biasalah.

keesokan harinya. pergi kelas macam biasa. kemudian, makan sekali dengan husna dan rini azmeera di cafe. rini pun buka cerita.

"aku dengar kat depan bilik kau ada ular. biha yang kata, dia tulis status dekat facebook."

hah? ular. termenung juga aku. mana pula datang ular tu?

eh. teringat pula aku. atikah si penghuni bilik di sebelah bilik asna yang berada di hadapan bilikku, pernah bilang di facebook begini. "ada ular di tempat membasuh baju di blok BB."

sudah. blok akulah tu.

cepat-cepat makan dan balik bilik. nak tanya biha mengenai cerita selanjutnya. lagipun, sebelum itu aku terima misscall dari dia.

"ada ular eh weh tadi?"

"a'ah. dahlah kat depan bilik kita. aku balik-balik tengok ada pekerja nak tangkap ular tu. seram aku tengok."

aku tanya dia, ular tu besar ke kecil. dia kata dia tak tahu. sebab dia duduk jauh. dia takut nak tengok. 'haiya biha, apasal lah kau tak tangkap gambar ular tu?'

"diaorang kata ular tu pergi dekat rak kasut kita."

rak kasut? fuhh. selamat. kasut-kasut kita yang lain dah bawa masuk. kalau kita letak kasut-kasut yang melambak itu di rak bertuah, bukan lebih senang ke ular yang tidak dianalisis jenis dan saiznya hendak menyorok?

tiba-tiba aku rasa rugi. rasa malu. sebab semalam aku dah marah-marah. marah kepada mereka yang mengemburkan kasutku. sepatutnya aku tak patut marah. aku yang patut berterima kasih kepada mereka.

baiklah. terbukti sekarang bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

ada stalker la kot .... tolong ko punggah suma kasut tu~ jeng3...>_< ntah2 penjaga zoo sarawak tu ntah..

amii afandi berkata...

banyaklah kau punya stalker. ==''
hish. hangin satu badan tau tak. balik penat-penat kasut bersepah.

tak puas hati cakap lah. hadoi~

Zalikha berkata...

wuah, ada orang nak perhatian ko eh? sian dia. mungkin kekurangan perhatian.

er..jap.tak berapa tangkap la citer ko ni. sape yg sepahkan kasut ko? ular ke orang? haha

amii afandi berkata...

hahaha. nanti aku ceritakan pada kau. taa daa~ bersiap sedialah.