TUKANG BACA

Isnin, 26 Disember 2011

KAWAN AKU SUDAH ADA SEMBILAN

assalamualaikum dan selamat malam.

naik semester dua ini aku ada azam. banyak azam yang aku telah listkan. biasalah. naik semester baru. nak ubah pun jadi baru. nak jadi rajin. nak jadi baik. perkara biasa bagi sesiapa yang suka berazam.

salah satu azam yang telah aku listkan ialah mahu menjadi kawan yang baik.

err. entahlah. mungkin selama ini aku rasa aku bukan kawan yang baik. walaupun aku mempunyai kawan yang comel dan lucu. spontaneous pula tu. sememangnya mereka baik yang teramat walaupun aku tidaklah sebaik mana.

masa zaman sekolah dahulu, kawan baik aku pernah cakap dekat aku, "boleh tak kau jangan mementingkan diri sendiri?"  

kemudian, dia terus berlalu dan membiarkan mukaku beku. tanpa reaksi.

oh benarlah apa yang dia cakap itu. aku tak marahkan dia. sebab. aku memang lebih mementingkan perasaan sendiri daripada perasaan orang lain. err. tapi sedikit sebanyak kata-kata itu seringkali bermain difikiran. buatkan aku termenung dan berfikir macammana sebenarnya perwatakan aku.

terima kasihlah kawan sebab berkata demikian. menyedarkan aku bahawa sifat mementingkan diri itu seringkali menyakiti hati kau.

jadi. bila sudah masuk semester baru, aku nak jadi orang baru. bermakna aku nak jadi orang baik. aku nak jadi anak yang membanggakan keluarga. aku nak jadi kawan yang menghargai kawan.

sebenarnya, masa cuti aku banyak mengalami krisis. sesuatu krisis dalam diri. mengenai kawan juga. sama ada aku mahu menjadi kawan yang-namanya-tidak-bisa-diketahui lagi ataupun tidak. 

oh. bukan aku yang memilih mahu kawan atau tidak. tapi. disebabkan aku rasa aku seperti sang pengacau, malahan terasa bagaikan tidak dianggap sebagai kawan, aku pun mengambil langkah yang tidak memberi apa-apa makna. iaitu mendiamkan diri sahaja.

konon-konon macam lagu ni la. HAHA =.=''
*greyson chance, i love you <3

haih, itulah. disebabkan aku ini sensitif sangat, kadang-kadang suka fikir yang bukan-bukan. last-last tetap kawan macam biasa juga.

salah satu sebab aku mahu jadi kawan yang baik  ialah aku rasa bersalah. rasa bersalah sebab aku tak pernah jadi kawan yang baik. 

aku bukan kawan yang baik. sebab apa? setelah dikaji sehingga ke akar umbi, sebenarnya aku ini tidak reti buat keputusan. mana yang harus didahulukan dan mana yang tidak. apabila berada di tengah-tengah antara mereka berdua, aku tidak tahu mana yang harus aku lebihkan. selepas itu, mulalah seorang kecil hati dan jauhkan diri dengan aku.

ah. banyak kali aku rasa macam itu. sebab itu, aku berazam untuk menjadi kawan yang baik. tidak mahu lebihkan sesiapa. kalau aku ajak makan, kalau boleh aku nak ajak semua makan sama-sama.

buat keputusan itu memang susah. sama macam benci orang. aku rasa nak benci itu memang susah daripada nak suka orang.

bertimpa-timpa rasa bersalah aku datang, apabila tiba masa study week semester lepas. kesuraman yang berlaku semasa study week semester satu itu menguatkan lagi fakta yang mengatakan aku sememangnya bukan kawan yang baik.

aku minta maaf. bukan aku mahu menghindar dan lari dari kalian. bukan. tapi. entahlah. kalian mesti banyak terasa dengan aku. sekali lagi aku minta maaf sangat-sangat.

satu aku nak ucap, terima kasih sebab masih menganggap aku kawan yang baik walaupun aku tidak baik.

err. aku tak tahu nak tunjukkan rasa sayang. faham-fahamlah sendirilah ya. yang dalam hati aku, aku sayang kau semua.

"ma, kawan akak bukan seorang dua je dalam dunia ni macam yang mama selalu kata. kawan baik akak sudah ada sembilan."  

p/s: hadoi, apa yang aku nak cerita pasal azam bila naik tahun baru?


yang benar,
amii afandi.

5 ulasan:

L.I berkata...

ni kene roller coaster syndrome ni~ =_=".....

amii afandi berkata...

roller coaster syndrome??
=_______________=''

Zalikha berkata...

hahaha!!! ingatkan ko nak citer pasal azam ko. tapi ni kira azam la jugak kan?

post ko kali ni comel. kite pasti org yg ko tujukan post ni mesti akan faham bila dia baca dan ketawa kecil.

n oh, jgn risau kite tak akan (dan akan cuba utk tak akan) berkecil hati dgn ko sbb ko telah dgr dgn sabar bila kite citer pasal nissy walaupun sebenarnya ko lagi minat greyson chance drpd nissy. hahaha

Zalikha berkata...

oh, n btw, kite pon berazam nak jadi kawan yg baik. paling tak pon manusia/kawan yg tak menyusahkan org dan org sentiasa suka dan happy dan seronok bila bersama kita. yosh!

amii afandi berkata...

hahahaha, ini kira azam lah tu. hehe, rasa macam tak pernah pun berazam macam ni. nak jadi kawan yang baik.

haraplah siapa-siapa yang rasa aku tujukan post ini untuknya tersenyum kecil dan gembira.hehehe.

susah kalau hidup ini selalu berkecil hati. hohoh~ rasanya kata-kata ini lebih sesuai untuk aku.

:)