TUKANG BACA

Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TINGGAL MASA LALU, SELAMAT DATANG LEMBAR BARU

"kepada dua ribu sebelas. boleh tak kalau aku cakap yang aku suka gila kat kau?"

aku suka gila tahun ni. tahun yang dimana aku belajar tentang banyak perkara. tahun dimana aku cuba mengenali dan memahami hidup. tahun dimana aku cuba mengawal emosi dan menerima sesuatu dengan hati terbuka.

oh. sememangnya ianya sangat awesome apabila perkara yang kau rasa kau tak reti buat kau boleh lakukan. contohnya, kereta. HAHA. =.=''okey. tak adalah awesome sangat. sebab. nama saja ada lesen tapi takut nak pegang stereng.

oh. ada lagi. salah satu perkara yang aku rasa wow bisa dilakukan oleh seorang aku ialah memasak. hohoho. 

teringat kata-kata seorang budak lelaki melayu kelas aku semasa tingkatan lima. "ehem, kau mesti tak reti memasak kan? tangan kau tangan kayu."

hei, tangan kayu ni pun sekurang-kurangnya aku telah membuktikan yang aku bisa memasak. tak percaya tanya adik-adik aku, anaqi dan abqari. yang lagi dua ekor tu tak payahlah. sebab diaorang duduk asrama. mana diaorang tahu aku reti masak atau tak.

'korang, kakak reti masak kan? kan? kan?' 
*kalau kauorang jawab tak, aku tak nak masak untuk korang bulan lima nanti. biar kebulur. wahahah.

dua ribu sebelas bukan habis setakat reti bawa kereta dan reti memasak je. itu baru intro dalam drama cheritaku. belum masuk lagi konflik yang melanda.

konfliknya tiba apabila perasaan yang tidak bercelaru hadir setelah mendapat result SPM yang malas nak ingat. err. perkara sebegini perlu diingatkan ke?

jika tiada yang duka, maka tidak wujudlah yang gembira. jadi, perkara yang selama ini aku cuba buang jauh-jauh, aku kutip. dan aku simpan. biar tidak leka. biar tidak alpa.

semasa menunggu tawaran IPTA, mama selalu cakap, "mama rasa kau dapat unimas punya." 
ternyata mulut mama memang masin. alhamdullillah, dapat sambung asasi sains fizikal di unimas.

mula-mula itu, mama dengan abah tidak setuju aku masuk sana. tapi aku degil. aku tetap nak pergi. abah suruh masuk MMU. mama pula suruh masuk matriks gopeng. tapi aku tetap tak nak. bagi aku, sudah ada peluang, apa lagi ambillah. 

serius. aku rasa aku mahu buktikan pada mama dan abah. yang aku boleh buat perkara yang mereka rasa aku tidak mampu. aku mahu buktikan yang aku bukan anak manja. aku bisa berdikari sendiri.

bukan aku mahu melepaskan diri daripada pengawasan mereka. tapi. aku mahu mereka percaya yang aku di sini sedang berusaha. berusaha membaiki diri. aku ini bukan lagi anak kecil yang suka lari dari masalah. bukan lagi seseorang yang suka benci membuta tuli dan terus tolak daripada melaksanakan. 

akhirnya, aku berada teguh di sini.  menjalani hidup baru. mengenali rakan baru. berusaha menjadi orang yang baru. walaupun ditakluk dengan perangai lama. yang sukar untuk dibuang. 

biasalah manusia. susah mahu ubah dirinya.

semasa aku di sini, jiran yang tak pernah aku bertegur, perangkap rakan sekolah aku bertanya, "asal kau ye ye nak sangat belajar jauh-jauh kat sarawak? dulu masa sekolah menengah, nak hantar tempat jauh tak nak pulak. pelik."

okey. sah sah budak ni dengar gosip-gosip orang tua. -.-''
alah cerita dulu. kesalahan lalu yang dibuat, suka sangat diungkit orang. haih.

tanpa alasan yang konkrit, aku cakaplah yang aku nak tengok tempat lahir aku. kemudian balasnya, "aku ingatkan kau belajar jauh-jauh sebab ada orang yang kau ikut, like bf."

apakah? aku pergi sebab diri aku. bukan sebab sesiapa. 


esok sudah tahun baru. dua ribu sebelas yang indah akan melangkah pergi. datang pula. dua ribu dua belas. yang tidak diketahui adakah ianya secomel dua ribu sebelas.

selamat tingal masa lalu. selamat datang lembar baru.

oh. seperti selalu. bila ditanya tentang azam, aku tidak tahu apakah azamku. aku takut berjanji. sebab aku pasti aku akan memungkiri janji walaupun kepada diri sendiri. 

yang pasti aku akan terus berusaha untuk berjuang dan meniti saat suka duka dalam hidup setelah aku masuk dunia sembilan belas esok. yakni tahun baru.

oh ya. salah satu azam kawan aku bila ditanya ialah, "ingin menjadi cantik dan sentiasa cantik." 
-____________- *oh biasalah, awak kan artis. bhahaha.

yang benar,
amii afandi.

5 ulasan:

L.I berkata...

ko pandai masak....alhamdulillah , tu je aku highlightkan.....hahaha

amii afandi berkata...

hahahhaa. iyolah tu.
pandailah sangat. =.=''

husna nadiah berkata...

hahaha..miera..mcm kenal je azam tu..hehe.. amin2..hehe.. nway,nice to know you =) thanks for your helpful sem lepas..after 5 month in this new year we will go our way..hope kita semua berjaya dengan jayanya..amin =0

husna nadiah berkata...

hahah..miera..mcm knl je azam tu.. hehe..nway,nice to know u.. thanks for your helpful in sem lepas..semoga kita semua berjya dengan cemerlang sem ini..amin..=)

amii afandi berkata...

heheh. mana tak kenal. dah artis yang cakap cam tu. hahah.

aminn~ harap kita semua cemerlang dengan jayanya. insyaALLAH