TUKANG BACA

Khamis, 5 Januari 2012

PERTARUHAN MENGIKUT NASIB

lebih seminggu aku rasa cuaca tidak menentu. sekejap hujan. sekejap cerah. malah, dari malam tadi pun kota samarahan ditimpa sang hujan. lebat. bagai tidak mahu berhenti. awan sekarang memang tidak penat untuk menangis. bagai menangisi sesuatu yang tidak pasti.

 liang-liang romaku menegak. dinginnya hujan bagai terasa sampai ke tulang. sekarang pun aku menaip di dalam dakapan hangat sang selimut. tidaklah tebal mana. tapi cukuplah memberi sedikit kehangatan pada tubuhku yang kering ini.

oh. untuk semester kali ini, subjek kepimpinan dan kemasyarakatan (dikenali sebagai PRS) akan melaksanakan aktiviti ala-ala kesukanan. err. bukan ala-ala. tapi. memang sukan kot. err, entah. aku pun tidak pasti.

okay. apa kata kita tinggalkan dahulu ketidakpastian itu? yang utama, aktiviti yang dilaksanakan memang menyihatkan tubuh badan. lagi-lagi mereka yang semakin lama semakin malas. kerna setiap kali petang, ramai yang berlingkar di atas katil tersayang.

aku termasuk dalam group lapan. eh bukan sembilan. silap. eh eh, betul ke sembilan? alamak. tak ingat. tapi yang pasti group kami kena menjadi penganjur dalam aktiviti sukaneka. bukan perkara itu yang merunsingkan jiwa dan ragaku. tapi mengenai perkara yang jauh lebih penting dari itu.

perkara yang dimaksudkan dan bisa membuatkan kepalaku pusing ialah pertandingan apa yang harus aku sertai. sudahlah wajib. kalau tidak wajib tak apa. boleh juga aku goyang-goyang kaki dan lari dari perkara ini.

oleh sebab aku sudah lupa bagaimana mahu main bola jaring. dan aku tidak pernah pun reti main bola keranjang. apatah lagi bermain bola tampar. juga akan berasa semput dan pancit ketika berlari-lari kerana stamina tidak kuat. tidak boleh diharap pula untuk melontar peluru yang serasa angkat pun tak bisa. serta seseorang yang tidak beberapa nak berbakat kalau menyertai talent show. mahunya bertambah-tambah hujan kalau aku menyanyi. mahunya sekaku robot kalau aku menari. hish. mana aku reti buat benda-benda alah ini.

lihat. betapa lembiknya seorang aku.

err. sebenarnya bukan tidak reti. tapi masa sekolah menengah dulu, aku tak pernah pun cuba join kelab-kelab sebegini. aku pun tak disuruh nak buat benda alah ini. paling tidak pun, masa sekolah rendah adalah juga main masak-masak. eh bukan. bersukan. apabila sudah masuk sekolah menengah, aduh, haram kejadahnya. yang aku reti main badminton. tu pun bukan terror.

akhirnya, aku ambil keputusan yang mudah dan selamat. serta tidak memudaratkan diri sendiri. iaitu dengan  menyertai permainan yang hanya mengikuti nasib. bukan mengikut kepakaran dan stamina atlit semata-mata.

err. bukan sukaneka bukan explorace. bukan chess bukan juga ladder and snake (permainan ular). bukan batu seremban tetapi congkak. haha.


aku buat pertaruhan. jika batu seremban dah penuh, aku main ajelah congkak. jika congkak dah penuh, aku sertai permainan ular. jika permainan ular dah penuh, aku masuk pula chess. tapi kalau chess, alamatnya mati aku nanti. dengan si kecil abqari pun aku pernah kalah, apatah lagi dengan mereka yang gila permainan itu?

fuh. memang pertaruhan yang benar-benar berbaloi. sekurang-kurangnya aku mempertaruhkan nasib aku dengan bermain congkak.

maaf. cerita macam tiada motif. -.-''

p/s : dengar cerita kuching dan kampus barat banjir?

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

L.I berkata...

tu dia....ayat dia pun bersastera gak....alahai~ ok aku kurang minat greyson chance.....betul ke aku eja nama dia ni?

amii afandi berkata...

hahah. memang tiada motif betul cerita ni.

apahal tiba-tiba masuk greyson chance? cittt. kau memang kan? apa yang aku suka semua kau kureng~

lalalalaa, dihatiku greyson tetap comel.

Zalikha berkata...

wuaaa... ayat ko dah mcm novel2 yg kite kena belajar kat KMB.

hehehe bagus2 main congkak. rasanya tu mesti ko power. masa kite sekolah rendah lps exam akhir tahun kite semua kan suka main batu seremban la, congkak la...hehe. main congkak nampak mcm wanita melayu terakhir.

p/s: baru kite perasan blog ko dah takde lagu

amii afandi berkata...

err. hahaha.

teringat masa dulu-dulu main congkak, batu seremban, tanah liat. hahah. itu je la yang aku reti main =.=''

hahaha. pelik je rasa main congkak.

oh yang pasal lagu tu dalam proses pembaikan blog. nanti adalah balik tu. hehehe