TUKANG BACA

Sabtu, 14 Januari 2012

TEMAN KEPADA MANUSIA


oh. aku sudah merasai kesibukan semester dua ini. dengan lab report. IT. english pula kena debate segala. termasuk juga tutorial oh tutorial. terpaksalah aku mengerahkan otot-otot manja yang hanya suka bermalasan untuk bangkit dan menempuh hari-hariku dengan cemerlang.

err. semalam hariku tidak berapa cemerlang. oh. memang tidak cemerlang. apatah lagi apabila result muet keluar. seperti yang sudah aku jangka, itulah juga yang aku dapat. HAHA. okay. tidak guna bergelak. tidak guna bersedih.

yang pasti pengalaman yang dijana adalah berdasarkan kepada kebodohan di masa lampau.

bukan setakat itu, cerita pasal result tidak berakhir begitu sahaja. result semester satu pun aku belum peroleh lagi. katanya 30 januari ini. aduh, sudahlah. tak payah keluarkan boleh? buat saja pekasam. hahah. malas sudah nak ambil tahu.

sekarang, sesuatu yang menggerunkan dapat dirasa apabila nak ambil result. tak macam dulu. kalau dulu. boleh relax sahaja walaupun result aku macam hidup segan mati lebih baik. entah. macammana pun aku cuba meneka apakah gred-gred yang tentera, ianya tetap tidak bisa diagak.

kadang-kadang bila kita confident gila dengan result kita, takut karang terus lebur. cair. dan meleleh.
cuma. buat masa sekarang. hal paling pantas yang bisa aku lakukan ialah hanya belajar. dan usah pedulikan result dunia. *ayat mereka yang ingin sedapkan hati. betul tak husna?

orang yang mengejar ilmu adalah lebih tinggi nilainya daripada mereka yang hanya mengejar harta.

kata mama, "kalau usaha. pasti kita dapat."
tapi mama, kalau kita dah usaha, tapi kita tak dapat itu macam mana?

itu semestinya usaha tidak mencukupi dengan apa yang dikehendaki.
nampaknya aku memang kena berusaha lebih. lebih keras. lebih pintar. 

cuba kau tanya dalam diri kau. apa yang kau nak sebenarnya dalam hidup?

selepas kita habis asasi, kita ke degree. selepas itu? sambung master. selepas itu? sambung PHD? selepas itu....(aku tak tahu)....

apa-apa pun, kebodohan tetap menjadi teman manusia. sebab apa? orang yang baru lepas spm lebih bodoh daripada orang yang lepasan diploma. orang yang lepasan diploma pula lebih bodoh daripada orang yang mengambil degree. orang yang baru melepasi degree semestinya bodoh daripada mereka yang master dan berikutan sampai entah-ke-mana. 


kalau kau tanya professor yang paling hebat pun, dia tetap bodoh. sebab apa ya? sebab. dia tidak tahu nombor yang paling terakhir. yang dia tahu jawapannya hanyalah infinity. tapi apa makna disebalik infinity itu? maksudnya ialah : "aku tidak tahu nilainya". bukankah sama juga dengan orang bodoh yang menjawab tidak tahu?

err. aku tidak tahu mengapa aku tulis segala benda alah ini. mungkin kerana ini kali kedua aku terdengar persoalan itu. apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup? suatu persoalan yang pernah dilontarkan oleh seorang sahabat dan suatu lagi pada malam tadi pada ceramah di masjid.

*oh. semua yang aku utarakan kebanyakannya apa yang dibilang oleh sang penceramah. aku hanya mampu berfikir dan berkongsi pada kau.

apa yang aku inginkan dalam hidup?
jelas aku tidak bisa menjawab. aku seorang yang tiada wawasan.

cuma. yang aku ingat ialah aku pernah meminta kebahagiaan. walaupun aku sendiri pun tidak pasti apakah bentuk kebahagiaan yang aku inginkan. yang aku tahu, kebahagiaan itu bisa menjadikan diriku masih percaya kewujudanku dan aku merasa gembira menikmati alam hidup ini.

ada orang pergi jauh untuk mencari dirinya sendiri, padahal dirinya itu hanya di dalam hati dan dekat disisi.


yang benar,
amii afandi. 

3 ulasan:

atiqa aris berkata...

ye sem 2 sye pon bz bangat.sampai xde masa langsong nk online semuaa.dlm otak pikir buku dan keje2 yg xpnah siap n maken bertambah..T_T

amii afandi berkata...

itulah. terpaksalah terima walaupun dengan hati yang terpaksa. -.-''

apa-apapun belajar ikhlaskan hati membuat semua ini. insyaallah kita akan rasa gembira. :)

Unknown berkata...

haha~samelah kita !