TUKANG BACA

Sabtu, 21 Januari 2012

MANUSIA TIDAK BODOH. MANUSIA CUMA BUTA

semalam baru aku kesempatan menonton 'aku tak bodoh'. filem ini filem tahun lepas kot.eh entahlah. mungkin dua tahun lepas. pukul 12 malam semalam baru aku sempat menerjah selepas bergelak-gelak melihat muka aneh zizan dalam hantu bonceng. biasalah. jumaat malam sabtu. budak-budak seperti aku layan filem je memanjang.

cis. cerita dia sedih oh. memang sedih. buat malu je dekat jane sebab nangis-nangis. nasib baik gelap. haha.

filem itu kena menonton dengan perasaan. bukan ditonton sebagai hiburan. kebanyakan hiburan sekarang hanya bergelak-gelak dan tiada apa kesan mendalam dalam diri. gelak dan tamat. itu sahaja yang dapat.

err. sebenarnya teringat pula aku pada zaman persekolahan. seperti watak jefri, anak kecil berumur lapan tahun. dipaksa belajar dan belajar oleh ibu bapanya.

aku juga pernah berwatakan sebagai anak berumur dua belas tahun yang bakal mengambil peperiksaan upsr. disuruh belajar dan belajar. mama duduk di tepi dan seringkali aktiviti soal menyoal dilaksanakan. tiada peluang pun untuk melarikan diri.

sampaikan aku ingat aku belajar kerana mama suruh. bukan kerana aku ingin belajar.

itu dulu. aku selaku anak selalu buta hati. bila mama suruh lakukan itu dan ini, aku hanya pandai memberontak. kononnya inginkan kebebasan. kebebasan yang aku pun tidak tahu apakah erti dan bentuk kebebasan yang aku ingin miliki. tolol.

memang aku bodoh sebab hanya mengikut kehendak sendiri.
  
nasib aku sangat beruntung jika nak dibandingkan dengan si jefri dan abangnya, roy. segala apa bentuk markah dan bakat yang aku peroleh, aku dipuji. dihargai oleh mama dan abah. kadang-kadang makan besar bersama-sama mereka yang aku sayang. 

tapi mereka? bakat dan kepandaian itu ada. namun, ibu bapanya tidak memuji. yang hanya tahu. marah, marah dan marah. tidak  memberi peluang untuk anak mereka bersuara.

orang dewasa selalu tidak ingin mendengar bicara kanak-kanak. ini yang menyedihkan.


pasal sudin pula (kawan kepada roy), ayahnya seorang bekas banduan. sudin selalu dimarah, diherdik dan dipukul. mungkin bagi ayahnya, cara itu boleh mendidik anak. sudin pula suka melawan. bukan melawan bapanya, tapi mempunyai bakat melawan dan bergusti seperti bruce lee.

ayahnya sayangkan sudin. tapi sudin tidak pernah merasa yang ayahnya sayangkan dia. ayahnya cuba memberikannya hadiah, beg budak kecil yang berharga dua puluh ringgit walaupun mereka orang miskin. tapi sudin tidak mahu. budak remaja. mana mahu beg sebegitu.

masa itu aku rasa macam nak hempuk je kepala si sudin tu. bukan senang nak tunjukkan rasa sayang dan kasih pada seseorang. lagi-lagi mereka yang memang panas baran seperti ayahnya. bila sudin kena buang sekolah, ayahnya sanggup merayu pada guru besar. bila sudin melawan dengan orang yang mengejarnya, ayahnya sanggup menempuh dan akhirnya menemui ajal.

bila ada di depan mata, lihat pun tidak mahu. bila sudah lesap dan hilang, baru menghargai dan terasa rindu. itulah manusia. 

manusia tidak bodoh. manusia cuma buta.


p/s :sesiapa yang belum tengok. baik tengok.

yang benar,
amii afandi.

5 ulasan:

husna nadiah berkata...

hehe..message yang cuba disampaikan sangat bermakna.. its the best filem yang bg pengajaran kpd parents and anak remaja..=)

amii afandi berkata...

ya bermakna. serius saya menghayati cerita dia oh. huaaahhhh sedihh.

husna nadiah berkata...

hehe..tau xpe.. hmm..hidup x indah seperti kita sangka..namun kita la yang mengindahkan hidup kita =)

Nadilla Jamil berkata...

kakak memang sentimental. tengok hindustan selalu tangkap leleh ;p

amii afandi berkata...

=__________=''

eleh. macamlah dia tak sentimental ;P