TUKANG BACA

Jumaat, 3 Februari 2012

MENGAPA TETAP RASA SAKIT?

orang kata. hidup tidak semestinya indah.

eh, sekejap. memang orang kata ek?
yelah kot. apa-apalah. malah aku pun turut merasakan perihal yang sama.

bukan aku nak kata hidup aku tidak indah. indah sebenarnya. tapi entahlah. biasalah manusia. ada masa kita gembira, ada masa kita bersedih. ada juga masa dimana kita rasa matahari yang seringkali menyinar cerah tiba-tiba malap. kelam. dan sebentar sahaja lagi terus menjadi gelap.


five-simple-rules-for-happiness. tajuk entri kakak pin yang tercinta. kakak pin itu kakak saudara aku. salah seorang matahariku.

aku pun tak tahu kenapa nama panggilan seringkali tersimpang jauh dengan nama yang sebenar. macam kakak pin. nama sebenarnya, siti nurnadilla. ada kaitankah dengan nama panggilan itu?

oh. lupakan pasal nama itu. mari kita sambung persoalan yang tergantung tadi.


bagaimana untuk mengecapi kebahagiaan itu ya?

mengikut carta  nombor yang tertera, aku rasa. err. sebenarnya aku pun tak tahu bagaimana mahu bilang apakah yang aku rasa saat ini. sebab sekarang, aku sedang gelisah. sedang risau. sedang cuak. tanpa sebab.

ya. aku pun sendiri tidak mengerti mengapa aku berasa sebegitu semenjak dua menjak ini. apabila tidur tidak tenang. apabila bangkit terasa sangat penat.

yeah, aku tahu. hidup dalam kebencian memang perit. selama ini pun, banyak perkara yang menjadi kebencianku. kebencian pada dia. kemudiannya, dia yang lain. dan juga dia yang lain-lain.

entah mengapa aku rasa benci pada semua perkara itu. tapi nak kata sekarang, aku rasa perasaan itu sudah semakin terhapus. malah diganti pula dengan perasaan sayang.

namun, oleh sebab aku rasa sayang. aku sanggup menjaga hati mereka. aku sanggup beralah kerana perkara yang remeh. aku tak tahu, aku rasa aku telah cuba untuk menerima. aku telah cuba untuk menjernihkan. aku telah cuba untuk tidak berkecil hati.

tapi, kenapa aku tetap merasa sakit?


sampai sekarang aku tidak bisa berhenti berfikir. berfikir tentang kerisauan. berfikir tentang rasa takut. berfikir tentang rasa gelisah. ianya sangat-sangat meresahkan walaupun aku tidak tahu apa yang bisa membuatkan hatiku tidak tentu arah. mungkin sebab mid term nak dekat kot. entahlah. haih.

roda hidup ini tetap berpusing. walaupun aku cuba untuk menjadi manusia positif, namun ia tetap tidak bisa memadamkan kegelisahanku.

aku tahu aku sedang menyusahkan hidup aku sendiri dengan memikirkan benda-benda remeh dan aneh. aku cuba untuk memadamkannya, namun tidak bisa. aku sudah menjadi manusia yang sentiasa risau terhadap masa hadapan.

mungkin kerana aku amat mengharapkan hasil pulangan yang lebih dengan pemberianku yang sedikit.

ingin menjadi setenang lagu sungai lui. oh. suka bunyi anklung.

p/s : aku harap aku masih percaya.

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

Nadilla Jamil berkata...

My dearest kakak, jangan give up. [94:5] Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, [94:6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Berusaha lah kerana Allah, sebab dengan tu, sakit ke, gembira ke, kita tahu apa yang kita buat tu kerana Allah. and Allah, bila tahu apa yang hamba Dia sanggup buat untuk Dia, WILL HAVE NO DOUBT to help us back. belajar fillah, insyaallah, my prayers will always be with you little sister. love u much!

amii afandi berkata...

thanks kakak pin. haha, okay,kakak tak kan give up punyalah. :)

phillojane berkata...

kita kena berusaha utk menerima banyak benda dalam hidup meskipun pahit...walau apa pun saya ada utk kau..haha

amii afandi berkata...

kau memang sentiasa ada untuk aku. hahah :D
thanks, my partner :DD