TUKANG BACA

Jumaat, 24 Februari 2012

SANTUBONG OH SANTUBONG. (PART 2)

sambungan dari entri ini..

kira-kira dalam pukul 3.30 petang.
masa ni, dah nak turun pulang. biasanya orang kata, bila nak daki, susah, nak turun senang. namun ini tidak sama sekali. aku rasa nak daki lebih senang kot dari nak turun.

sudahlah tahap kecerunannya seperti yang aku kata pada entri lepas, 90 darjah, memang tahap gayat tak ingatlah kan? nasib baik time nak turun tangga tu tidaklah gayat sangat. senang sebab dah tahu cara dan boleh predict apa yang nak dibuat. err. cuma tak boleh turun ramai-ramai la.

serius masa nak turun aku rasa dah lemah longlai. nak berdiri pun tak stabil. boleh kata dari pinggang sampai ke bahagian kaki udah tidak boleh berfungsi dengan baik. skru-skru yang mengetat selama ini longgar sehabisnya. 



apa yang bisa aku lakukan adalah duduk dan mengelungsur. sebab kudrat yang aku ada cuma pada tangan yang membantu untuk turun. tapi jelaslah lambat. nak buat macam mana.

satu badan dah menggigil. si nu'man tanya, "menggigil sebab takut ke?"

mungkin sebab dia terdengar, aku cakap pada jane yang aku takut untuk turun.

aku cakaplah yang aku penat. dia tanya, "makan tak tadi?"


sebenarnya soalan ini mengelirukan aku. aku pun cakaplah yang aku makan sebab aku makan beberapa keping roti tadi. tapikan, bila dia cakap pada jane yang badan aku menggigil. jane pula kata, "itulah tak makan pagi."


nampak tak percanggahan jawapan di situ?

jelas ternampak benar kesilapan yang dilakukan oleh pelajar perempuan. tidak menjamah sarapan.

anyway, terima kasihlah kepada budak-budak lelaki yang tidak putus-putus memberikan semangat dan tunjukkan arah. yang paling penting, sanggup menunggu kami walhal yang sebenarnya kau semua nak cepat. sebab takut hari makin gelap. 


terdengar siapa yang cakap tah, "sekarang ni tak apa lambat. asalkan semuanya selamat."


terharu seh.


nak dekat pukul 6.30 malam 

masa ini sudah sampai check point yang ketujuh. masing-masing tidak tentu hala sebab hari sudah mahu gelap. yang menambahkan lagi kekusutan ialah, torchlight tidak mencukupi. betul-betul tidak cukup untuk kami yang seramai dua puluh sembilan orang.

mana ingat nak bawa torchlight. serius aku ingat pukul lima lebih dah boleh balik dan berehat di atas katil tersayang. tak sangka selambat ini.

masing-masing guna bantuan handphone. tapi harus dijimatkan baterinya, takut ada apa-apa hal. handphone aku pula dah lama mati. =='' 

budak lelaki bagi arahan. buat group jalan satu baris. dua lelaki. berapa perempuan tah. tak ambil port sangat sebab masa tu aku memang sudah tiada tenaga. rasa macam nak tercabut je lutut. just ikut arahan dan berkepit sahaja dengan jane. janelah tempatku untuk berpaut sebab takut tumbang. dan tergolek jatuh.


masa inilah, amalina aziz injured. kasihan. tak dapat jalan. tak silap safuhah dengan atika papah dia. diaorang berada di barisan hadapan sekali. karang terpisah satu hal. susah.


syukurlah sebab jalannya tidak lagi mencabar. cuma perlu kekuatan mental untuk terus berjalan dan berjalan agar tidak mati langkah.


tak silap masanya hampir pukul 8 malam.

hari sudah gelap benar. sebelum itu, budak lelaki ada berpesan yang kalau gelap, hanya tengok bawah dan hadapan. jangan lihat atas.

mereka ingat nak tiba di air terjun kemudian baru nak stop atau tunggu rangers. masalahnya di sini, dengan kondisi yang sebegitu gelap dan amat letih gamaknya, yang aku takutkan ialah nak naik titi tempat aku jatuh itu dan err batu besar. bagaimana?


nasib baik rangers arahkan kami berhenti. dan, kami pun mengikuti arahan itu. duduk beratur satu line pada jalan yang kecil dan sempit. masa ini mereka bertayamum dan solat maghrib. masing-masing baca mathsurat, yassin.


budak lelaki cuba menghidupkan api, namun tidak berjaya. kayu semuanya habis basah. duduklah kami menunggu dan menunggu untuk diselamatkan.


dikala ini, aku memang emosi habis. melayan perasaan. mental aku dah tidak kuat untuk melawan dengan rasa takut, rasa cuak dan rasa sakit. sudahlah sakit kaki, bertambah pula dengan sakit perut yang sah sah penuh dengan angin.


kalau dekat rumah, sakit perut je cari abah. kalau tak baik-baik, abah terus bawa pergi klinik. aku tahu aku anak manja.


jane cuba pujuk, usap-usap belakang. "dah, dah mira. aku bukan reti nak pujuk ni."


okay, aku memang cengeng dan emosi lebih. sikit-sikit nak nangis. tengok cerita sedih nangis. tengok cerita hantu walaupun cerita tu lawak gila pun boleh tutup-tutup muka. semata-mata kerana takut. jelas, zaman kecil-kecil aku rasa agak berani jika nak dibandingkan dengan sekarang. penuh dengan fobia. dan takut untuk melangkah.


dalam kondisi menunggu dan menunggu. 

setiap beberapa minit boleh dikata si nabihah yang sudah di bawah tidak terlepas untuk call jane. mereka di bawah risau dengan keadaan kami. tanya itu, tanya ini. siap buat laporan polis segala. yang anehnya, bukan setakat rangers yang akan datang, polis, bomba, rela termasuklah ambulance sekalilah. senang cerita.

bunyi gempak. tapi kami yang duduk tercongok menunggu itu memang dah tak kisahlah. asalkan dapat balik unimas dan tidur.


aku dengan jane boleh kata berada di barisan belakang sekali. oh ya, ada suatu permintaan aneh yang diminta oleh para rangers kepada budak lelaki.


"jangan banyak tanya. budak lelaki semua tolong terbalikkan baju."


mereka pun ikutlah arahan walaupun rasa aneh dengan arahan tersebut.


rasanya hampir tiga jam kami menunggu.

akhirnya, rangers, bomba segala bagai pun tiba.

"JANGAN BERGERAK!"


amboi, terasa macam pendatang asing tanpa izin yang tersesat masuk negara orang lain. cis. memang tak bergerak pun, dah lah sudah tercongok lama tunggu mereka.


mereka membebel apa tah. aku tak bagi tumpuan sangat sebab dalam fikiran hanya menerawang katil. memang silap kamilah tidak buat laporan polis dahulu sebelum naik santubong.


perjalanan pulang pun dimulakan. ehem, serius dah tak larat nak jalan. ingatkan mereka adalah bawa pengusung ke apa ke. alih-alih kena menggunakan khidmat kaki juga. haha. demand.



khamis, 23 feb 2012


pukul berapa tah. tak tengok jam sebab gelap.

patah balik dari check point enam ke laluan bukit puteri. eh ye ke nama tempat tu? budak-budak lelaki sibuk tanya, "sebenarnya bolehkah lalu jalan haram ni?" 

ada diantara rangers tu berkata yang dapat ditangkap oleh hawa telingaku, "dah dua puluh tahun aku duduk sini, baru aku tahu ini jalan haram."


cakap sahaja jalan haram. hakikatnya halal. cuma tak dikenakan cukai.


jane pegang aku. dan aku pegang zhafirah. fuh, terhoyong hayang kalau tak dipegang. jane kakinya sudah terikat sebab terkehel. zhafirah pula memang kaki dah bengkak. aku pula memang sepenuh tenaga sudah habis.


"maaf sangat-sangat fira, nak tarik kau pun aku tak larat. cuma boleh pegang je."


"thanks jane sebab pegang aku walaupun aku tahu tangan kau dah penat. huah rasa nak nangis."


para rangers pun mengiring kami dengan menyuluh-nyuluh lampu. bila ditanya bila sampai. "lagi lima minit."

itulah sahaja jawapannya. lima minit. lima minit.

dalam pukul 2.30 pagi.




ranger papah aku sebab dah memang tak larat nak jalan. alih-alih keluar memang ramai gila orang. kamera memancar sana sini. ramai benar reporter yang sedang menunggu di bawah.

yang anehnya, dah lah aku keluar dahulu. terus ranger itu bawa aku naik ambulance. nurse (orang yang dalam ambulance. aku tak tahu nak panggil apa.) itu tanya pada ranger tu, "budak ini kenapa." 


terus dia cakap "cramp."


aku terpinga-pinga. blur sekejap. eh aku cramp?


yang naik ambulance semuanya berjumlah lima orang. yang anehnya, mereka yang benar-benar sakit tidak pula naik ambulance. ni mesti kes tangkap muat je ni.


terus ambulance meluncur laju ke hospital umum.


*dedeq, aku pergi hospital tempat kau lahir. hoho


kira-kira pukul 3.00 pagi

keluar-keluar dari ambulance, reporter sudah siap menunggu. kami semua tutuplah muka. malu woi masuk surat khabar.

baru beberapa minit melabuhkan punggung, kami semua telah diserbu oleh reporter. sudahlah duduk sebelah aku pula tu. oleh kerana mereka tanya, aku pun jawab sahajalah.

serius mereka ingat yang kami ini sesat. itu bukan fakta. itu auta. sebenar-benarnya yang jelas lagi sahih adalah kami semua terkandas. sebab tak larat nak jalan dan amalina injured.

kepala aku doklah putar-putar memikirkan apa yang patut dikata kepada doktor. masalahnya sekarang, aku cuma penat dan tiada tenaga serta sakit perut sebab lapar. itu sahaja. cis. 



khairunnisa dan fathiyah (kalau tak silap ejaannya. maafkan ya kalau salah) pun tidaklah sakit teruk pun. biasalah penat sahaja. yang sakit benar-benar amalina dengan anis amalin sahaja.

doktor itu sangat baik. bual-bual dengannya, dan boleh pula dia tanya, "awak orang jawa ke?"

haha sempat aja. sudah berapa kali mahu dibilang, aku pun tak tahu sama ada aku orang jawa atau tidak. mama, cepatlah jawab. "kita ada keturunan jawa ke?"

err, kalau nak tahu ada jawa atau tidak mesti tanya mama. sebab mamakan orang muar. muar kan banyak orang jawa. kalau tanya abah macam mustahil. sebab abah orang melaka. melaka tak banyak jawa kan? eh, aku rasalah.



okay, dah menyimpang. masuk cerita balik ya.

doktor kata, kami boleh pulang. errm. persoalannya, nak pulang macam mana? handphone tak bawa. purse pun tak bawa. kami sekarang memang sehelai sepinggang sahaja. 


oh ya, nasib baik teringat yang amalina bawa handphone. terus telefon atika suruh ambil kami. 


menunggu memang satu penyeksaan. menunggu dan terlelap. kemudian. celik kembali. terlelap. celik. terlelap. celik. terdengar pula konspirasi mereka sekeliling. bercakap mengenai santubong.


mana mereka dengar cerita pun tidak tahu. cepat benar tersebar. padanlah masuk hospital je semua pandang atas bawah. mangsa terkandas di santubonglah katakan.


masa tengah melayan mata, boleh pula telinga ini berfungsi dengan baik. terdengar perbicaraan dua lelaki dewasa. (dalam bahasa sarawaklah ya. lebih kurang gini bila ditranslatekan) "kasihan, sampai tertidur. santubong itu keras. tak boleh bawa makanan yang berbau. nanti angin kencang. tak boleh kencing merata. bla..bla..bla.."


doktor yang baik pun datang sambil menghulurkan selimut. suruh tidur betul-betul.


pukul 4.00 pagi.

akhirnya, atika pun datang bersama-sama tasnim, aina, dan dua budak lelaki yang aku tak ingat siapa nama. alhamdullilah, dapat juga pulang ke unimas.

sampai-sampai unimas, terus pergi ke bilik. ketuk-ketuk tiada orang. alamak, kunci aku dan nabihah dalam beg. beg pula budak lelaki yang bawa semasa turun. =________=''


terus ke bilik jane yang tingkat atas. aduh, tangga. naik dengan tidak bermaya. nasib baik mereka baru nak terlelap. takut juga aku tidur mati. karang terpaksa aku tidur luar.


tidur di lantai biru dengan baju yang tidak ditukar dan termimpi-mimpi aneh lagi menakutkan.


p/s; jangan percaya sangat pada reporter. kadang-kadang ianya buka sahih. sahaja mahu menggempakkan cerita biar laku.


yang benar,

amii afandi.

5 ulasan:

Nadilla Jamil berkata...

takde pun dalam suratkhabar muka kau kak!!!!!

amii afandi berkata...

memanglah tak ado. mana nak muatkan 32 orang dalam surat khabar. hahahaha :P

Green Power Ranger berkata...

anda blajar ssuatu. :)

Green Power Ranger berkata...

anda blajar ssuatu. :)

amii afandi berkata...

:)

boleh dikira sebagai satu pengalaman yang sangat berharga.