TUKANG BACA

Jumaat, 24 Februari 2012

SANTUBONG OH SANTUBONG. (PART 1)

assalamualaikum.

ehem. sebelum aku sambung menonton drama jepun yang tergendala, mari sini. aku mahu ceritakan sebuah pengalaman yang benar-benar jarang dapat dirasai orang.

pelbagai rasa ada. semuanya bercampur baur menjadi suatu rasa yang tak dapat diungkapkan. rasa cuak. rasa takut. rasa kelakar. rasa letih. dan bermacam-macam lagilah. senang cerita, aku pun tak tahu rasa apa yang telah aku rasakan.

huh. sudah-sudahlah mukaddimahnya. kita pergi kepada cerita yang sebenar.

rabu, 22 februari 2012

pukul 5.00 pagi. 
pisat-pisat mata. oh, sudah pukul berapa?
tengok jam pada handphone. la, baru pukul lima. "awatlah aku bangun awal sangat?"

biasalah. kes teruja nak daki santubong. yang jelas, semalam aku tidur awal. penat sebab teman jane muet. sudahlah smk samarahan tu bukan dekat. pelosok ke dalam desa ilmu lama. tertidur-tidur aku tunggu jane muet kat dalam sekolah tu.

arghh, nak tidur dah tak boleh.

pukul 6.00 pagi.
bersiap-siap dan bawa apa yang patut ke dalam beg. alah, bukan banyak pun apa yang aku bawa. kalau boleh tak nak bawak apa-apa.

empat botol mineral kecil dan seplastik coklat. bersama kad matriks dan dokumen-dokumen penting. err, maksud aku ic, duit dan apa-apalah. errr. itu bukan dokumen eh?

telefon jane suruh bangun. ada ke dia boleh cakap, "tak nak pergi boleh tak. nak tidur."
padahal dia yang beria-ria nak pergi sebelum ni.

pukul 7.00 pagi.
sudah berada di depan dewan unimas. tunggu van untuk bawa kami ke santubong. oh, lupa nak bagitahu. peserta yang turut bersama-sama ke ekspedisi ini adalah seramai 37 orang. jumlah yang ramai. sepuluh orang jejaka yang gagah dan yang lainnya para gadis yang comel lote.


yang laki-lakinya semuanya menaiki dua buah kereta sewa. oh, mereka ini semua dari kalangan yang terpilih dan sangat-sangat bisa diharap dalam apa juga keadaan. semua yang dah pernah naik dan budak masjid. antaranya adalah syed jaafar, nazhan, abid, nu'man, malik dan siapa-siapa sahajalah. dah tak ingat. (sebenarnya banyak je yang aku tak familiar).

adalah juga kami menjamah pisang sebatang dua. buat alas perut. nak sarapan pun dekat mana? ingat bolehlah beli bubur ke, nasi lemak ke, kat pak dol. haiya, pak dol pula lambat buka.

jadi, rasanya ramailah budak perempuan tidak menjamah sarapan. err, aku pun tak teringat kena sarapan sebenarnya. HAHA ==''

van datang dan kami pun naiklah van yang dua buah itu.

dalam perjalanan naik van.
singgah ke petronas. masing-masing mencari makanan.

beli coklat untuk dapatkan tenaga masa mendaki. beli juga makanan ringan yang tah apa-apa sebab tak tau nak makan apa sebenarnya. err, belilah roti yang sebungkus lima puluh sen. (alamak, itu harga dululah. sekarang aku tak tahu berapa percent harga roti itu menaik).

inilah masalahnya yang ketara. masing-masing tak teringat nak singgah mana-mana untuk beli makanan berat.

gerak pun lambat. bila mahu sampainya?

tak ingat pukul berapa sampai santubong.
oh awan yang bertakung sudah menampakkan diri dibalik sang mentari. sebentar kemudian, awan itu pun menangis. tidaklah sehebat sendunya. hanya rintik menjemput kedatangan kami sebelum memulakan ekspedisi ini.

selepas daftar dan bayar tiga ringgit seorang, kami beramai-ramai membuat warm up dan stretching. baca doa. dan adalah sedikit taklimat oleh budak lelaki mengenai pantang larang yang patut diambil perhatian. masuk hutan, biasalah banyak benda yang boleh dan tak boleh buat.

oh, sebelum tu, ada juga telefon abah untuk bagitau. abah macam marah (bukan marah apa, just nasihat. padahal aku dah bagitahu banyak kali dah dekat mama. haiya). abah pesan, "kau naik santubong tu hati-hati. ramai orang sesat kat atas tu." 


mulalah pengembaraan ekspedisi yang sungguh mencabar.


rasanya pukul 9.50. err, entahlah.
seperti biasa. gerak dengan jane dan nabihah. mula-mula tidaklah mencabar. lihat keindahan alam ciptaan-Nya yang indah dan cantik.

walaupun jumlahnya agak ramai, semuanya tolong menolong antara satu sama lain. err, kebanyakkan mereka pun aku tidaklah berapa kenal sangat sebab banyak budak hayat. biasanya jumpa dan senyum sajalah. hah.

kebanyakkan yang aku kenal pun geng-geng asna. yang tiba-tiba seringkali muncul dekat bilik aku semester lepas dan lepak-lepak (semata-mata internet kat bilik aku ni memang laju).  kalau tak, harammm nak kenal. haha.

dalam perjalanan, nabihah (aku tak reti nak ringkaskan nama dia sebagai biha kat dalam blog. aku pun tak tahu kenapa) macam nak muntah. situasi yang sama macam pergi bako dulu. mungkin sebab tak makan pagi. aku dan jane pun tunggu bersama beberapa budak lelaki yang gentleman di belakang. terima kasihlah kauorang.

tak tahu dah pukul berapa. tak kuasa nak tengok jam setiap kali.
check point untuk ke puncak ada lima belas. waktu ini, kami sudah sampai ke check point yang kelima. wah, di sinilah ada air terjun. heeeee.

cantik kan? lalala~

err, sebenarnya, sebelum untuk ke air terjun ni. ada satu halangan yang agak sukar. batu besar.  masa itu aku lepas. tapi, err, ada tapinya tau. yang sadisnya, naik titi dekat air terjun ni aku boleh terjatuhlah pula. hahah. buat malu je.

jane cakap. "aduh kau ni, dah lepas baru nak jatuh? kalau batu tadi kau jatuh logiklah juga."

manalah aku tahu nak terjatuh. cis.

perjalanan diteruskan lagi. 
kali ini sudah sampai di check point tujuh. selepas check point tujuh ini bermacam-macam halangan yang menanti di hadapan. fuh.

sebenarnya, budak lelaki ingat sampai di check point ini, kami patah balik sahajalah. tapi, biasalah. budak perempuan kan degil sedikit. ingin naik juga sampai ke puncak. terpaksalah mereka mengikut kemahuan kami. haha.



ehem. alang-alang dah sampai, baik naik sampai puncak kan?


daki punya daki menuju ke check point lapan, ada beberapa orang yang sudah tidak larat dan mengakhiri perjalanan. tak silap, di sinilah kami berpisah dengan nabihah, adirah dan zhafirah.

aku ikut jane. kalau jane tak depan aku, dia mesti dekat belakang. sebab yang utuhnya, kelemahan aku adalah perkara yang melibatkan jalan. aku tak tahu di mana patut aku melabuhkan kedua tapak kaki bila terdapat jalan berliku dan banyak pula tu.


biasanya, jane akan naik dan bagi arahan pada aku. "kau naik belah sini." 

iyalah, nama pun jane kan. terror bebenor bila masuk hutan.

pukul 1.00 lebih kot. dah tengah hari dah. lapar.
daki punya daki, akhirnya tiba di tangga maut yang fuh, aku tengok pun gerun gila nak naik. 90 darjah pula tu tahap kecerunannya.

mana tidaknya, aku sebenarnya gayat. bertambah-tambah gayat bila aku ada kisah silam yang tragis mengenai tangga ini.

kau nak tahu kisah silam yang tragis itu?

err, tatkala aku berumur empat tahun, aku dengan gembiranya mengikut maklang dan maklong bersama kakak pin serta abang arep ke taman permainan. kakak pin empat tahun lebih tua daripada aku, manakala abang arep pula alah, tua setahun je kot. mereka inilah yang bersama-sama aku meniti alam kanak-kanak yang comel.

kakak pin dan abang arep bermain gelongsor dengan senang hati. aku pula masih terkial-kial dan mahu mengikut mereka. akibat cemburu dengan keseronokan mereka, aku memanjat tangga yang pada waktu itu bagiku, tangga itu amat besar jika mahu dibandingkan dengan diriku yang kecil. memanjat dengan harapan dapat bersama-sama merasai keseronokkan mereka.

namun, aku orangnya cepat berputus asa. sudah penat, dan akhirnya aku melepaskan kedua belah tanganku tanpa berfikir yang aku akan tergolek jatuh.

akibat daripada itu, maklang pun mendukung aku yang sedang menangis sakan. apa yang aku ingat, alih-alih tangan kanan aku kena simen.

ehem. dahulu aku ingat aku kidal sebab tangan kanan aku tak boleh digunakan sebab patah. yalah, aku tengok orang tulis tangan kanan je. oh pemikiran budak kecil. --''

huah. peristiwa itu berputar ligat seperti dalam filem. yang bisa mengganggu jiwaku saat itu.
jadi bagaimana untuk menghilangkan fobia apabila memanjat tangga maut?


inilah tangga maut. tak sangka aku panjat benda alah ni. 

mula-mula aku memang takut. aku takut tangan aku tidaklah kuat untuk berpaut pada tali dan tergelincir jatuh. sudahlah jarak antara satu tangga ke satu tangga jauh yang amat. memang cuak gila aku rasa. kena kangkang seluas-luasnya dan melakukan pelbagai cara baru dapat naik.

masa nak naik tu, boleh pula si syed jaffar bagi kata semangat, "go fizikal satu. go fizikal satu."
(mentang-mentang sama kelas. =='')

perjalanan kami memang slow. almaklumlah, budak perempuan kan cepat hilang semangat. masing-masing gayat. apabila ditanya ada tangga lagi ke tidak, budak-budak laki cakap ada satu je lagi. padahal berlambak.

pukul 2.30 petang.
yeah, dah sampai puncak! sebelum ni, aku, jane dan seangkatan dengannya di barisan belakang cuma mendengar je la jeritan si abid yang dah sampai. ceh.

nak tak nak, kitaorang pun cepat-cepatlah naik. nak sampai puncak tu pun bukan senang. berliku-liku habis perjalanannya. dalam dunia ni mana ada yang percuma kan? kalau kau nakkan sesuatu, kau kena kuatkan semangat. usaha. itu yang penting.

kalau tiada semangat yang waja, bagaimana mahu sampai ke puncak?

tunggu mereka solat di puncak dengan berbekalkan air mineral yang sedikit. buat syarat. makan beberapa keping roti dan menunggu beberapa orang yang tertinggal menyusul kami. tasnim dan zhafirah.

lima jam baru sampai puncak tahu?

menikmati keindahan alam yang diselaputi kabus tebal.



p/s : ini baru sampai puncak. tunggu part dua untuk mengetahui debaran yang dihadapi.

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

husna nadiah berkata...

wah..jeles.. nak pegi juga =)

Phillomena Jane berkata...

haha..kira untung la ko jatuh kat air terjun tu je..kalau tergolek trus kan lagi payah..apapun terima kasih la sbb percaya pada aku..hehe

amii afandi berkata...

husna : tak payah jeles sangat. hahaha. awak lagi best, dapat jumpa family. huaahhh

tengoklah nanti. mesti kena panggil dengan dekan --''

amii afandi berkata...

phill jane : ehem. memang untunglah. kalau jatuh kat batu tu mesti lagi payah dan menyusahkan.

hehehehe. kau kan kuat:P

Nadilla Jamil berkata...

kakak pin leh bayangkan muka kau cane!!! muahahhahaa

amii afandi berkata...

nadilla jamil : ceh. penat tau? sampai sekarang rasa macam mimpi. wahahaha