TUKANG BACA

Isnin, 12 Mac 2012

BONEKA

*Pada waktu aku sedang menaip ini, perasaanku berkecamuk dan kucar kacir. penuh dengan rasa marah. penuh dengan rasa letih.


kalau nak jadi orang. sila bertanggungjawab.

lama sudah aku nak kata pasal perkara ini. LAMA. tapi, haih. tak terkata sebab aku tolak tepi. tidak peduli. 
tapi. makin lama simpan, makin menjadi nanah. yang merasa sakit. aku. yang merasa letih. aku. bukan kau.

itulah aku cakap. "kalau kau nak jadi orang. sila bertanggungjawab. kalau tak boleh bertanggungjawab. jangan jadi orang."


kau tahu apa makna tanggungjawab? tahu?


kalau kau tahu, dah lama aku rasa kau bertanggungjawab dengan semua kerja yang diberikan. 
kalau kau tahu, kau berhak berasa bersalah jika kau tidak buat kerja dengan sehabis baik.
dan yang paling utama, kalau kau tahu apa maknanya tanggungjawab, kau tidak akan membuat ahli kumpulan kau terkapai-kapai menyiapkan semua kerja yang terbengkalai kerana kau!

kau ingat kami ini apa? boneka?
tolong sikit. aku bukan boneka kau ya.

aku tahu aku tak pandai. dan aku juga tahu yang kau pandai.


tapi aku rasa dunia ini sangat tidak adil jika seorang pelaksana, seorang pemberi tiru kepada si peniru bulat-bulat, seorang pengerah tenaga yang selama ini duduk terkapai-kapai bersengkang mata memberi markah percuma kepada mereka yang pandai tapi tidak mengerah otak pun untuk membuat kerja. 

dan akhirnya. tengoklah. yang mempunyai markah tinggi, mereka yang berlagak pandai.  yang nampak hebat, mereka yang tidak mengerah otak untuk berfikir.

haih. sudahlah. kalau aku membebel. kalau aku marah. bukan kau boleh sedar pun.

aku tidak marah pada kau. tapi aku benci kalau kau ada sikap sebegini.
oh ya, jadi orang, jangan hanya tahu makan. dan tidur.

sumber : google

Tiada ulasan: