TUKANG BACA

Khamis, 15 Mac 2012

SURAT UNTUK DOL

yeah, hari ini lima belas haribulan tiga. dan hari ini hari jadi dol. dia dipanggil dol bukan sebab namanya samdol. atau pak dol. dia dipanggil dol sebab kepalanya sentiasa bergondol.

sengal. macam tak ada nama gelaran lain. adik-adik aku memang. terlampau kreatif sangatlah kan. seorang dipanggil mat kambing, kalau nak sedap lagi bunyinya, mat cam. sebab dahulunya dia tidak suka mandi.

seorang lagi dipanggil nyah. sebab dia ni lembik. tapi mulut. hamboi memang tak ada insuran. kadang-kadang mama marah apabila dipanggil sedemikian. tapi biasalah. semuanya bukan makan saman pun. sesedap hati rasa je nak panggil orang apa.

err, gelaran untuk aku? biarlah rahsia. citt. kadangkala adik-adik aku ejek aku katak. sebab aku bahasakan diri aku apabila cakap dengan mama atau abah serta orang yang aku rapat (dalam keluarga) sebagai "atak". lama-lama kedengaran macam "adak".

err, dulu aku pelat rasanya. nak sebut ayah, jadi ayam. sepatutnya aku sebut kakak, jadi atak la pula dah. tu la yang kena ejek tu.

oh tengok dah jauh menyimpang.


okaylah, ini surat seorang katak kepada dol. katak tahu dol tak akan baca tapi mungkin dol akan sedar yang kataknya itu tiba-tiba merinduinya. haha. sampaikan ada tersemat gambar dol pada meja study katak.

kepada dol a.k.a ahmad abqari,
      

         ehem. qhoyi, selamat hari jadi yang ke sembilan? eh, sembilan kan? haha. semalam kan kakak dah telefon qhoyi. qhoyi kata qhoyi nak bola. macammana kakak nak beli bola? nanti nak bawa balik, nak letak kat mana? bola kan besar, beg kakak tak muat  untuk sumbat bola qhoyi. kalau qhoyi nak suruh kakak beli juga, kirimkan duit. sebenarnya kakak dah pokai. dah tak ada duit. nak makan pun kena catu. kakak yang kurus ni akan terlebih-lebih cekeding. hihi. tak apalah, nanti kakak belikan baju i love sarawak je walaupun qhoyi tak suka. lalalalaa~

      oh. lupa pula. sila gantikan perfume kakak yang qhoyi main dengan abang chik sampai habis. lepas tu ada pula masukkan air paip dekat dalam botol perfume tu! ingat kakak tak tahu? hishhhhh geramnya budak-budak ni, nasib baik perfume tu murah dan err.. free kot. siapa punya tah, tiba-tiba mama letak kat robok cermin kakak. fuhh, kalau yang mahal-mahal selamat kakak bawa. kalau tidak nahas perfume tu dikerjakan!

     gigi rongak qhoyi dah tumbuh belum? haha, gigi rongak qhoyi dah tak boleh menandingi kecomelan kakak. nanti kalau kakak balik, kita tengok delicious gakuin dan olivia lagi sama-sama. gelak sama-sama. kalau tidak, bingit satu rumah sebab gaduh memanjang dengan abang chik. bila kakak sergah, pandai pula korang mencicit lari. sorang dalam bilik air, sorang bawah katil. tahu takut. 


    nanti kalau qhoyi dah besar, mesti qhoyi hensem. hahaha. lepas tu, bolehlah pakai segak-segak jadi pilot ke, askar ke, bomba ke..err..tak kisahlah jadi apa. asalkan jadi orang. jangan berhenti buat benda-benda kreatif. kakak suka benda-benda aneh tu. comel.

     qhoyi dah besar. jangan  nakal-nakal sangat. tiap-tiap hari jangan makan nasi dengan telur dadar je. makan ayam ke, ikan ke baru berkhasiat. jangan asyik buli abang chik. asal sikit bertekak, bergaduh.
 pening atuk nanti. jaga korang berdua macam jaga duapuluh orang. hehehe. okay bye.


 yang paling comel, 
katak a.k.a kakak

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aweetnya kakak qhoyi , ada adik mmg best , x kisah lah lelaki ke perempuan....walaupun ckp x best pon ,dlm sudut hati kita yg jauh , pasti kita akan rasa rindu dan gembira bila usya2 mereka dari jauh....ini statement drpd abang sulung >_<

amii afandi berkata...

sweet kan kan? hahha ;P

betul betul. aku setuju statement kau wahai abang sulung. memanglah kadang-kadang rasa macam hish nak picit-picit je dorang ni tapi bila dah berjauhan uhhh, bila ingat balik macam lawak je la.

Nadilla Jamil berkata...

ya Allah. menangis baca ni. rindunya. cepat lah balik.

amii afandi berkata...

menangis? ==''
hhaha. hadoi. surat ini ditulis dengan penuh perasaan gembira. LOL.