TUKANG BACA

Selasa, 17 April 2012

RASA MACAM DAH TUA

*maaf terlambat.*


apa rasa bila umur bertambah?
haih. rasa macam dah tua. cis.

dua hari lepas adalah lima belas hari bulan empat. tarikh yang boleh dikata, tiap-tiap tahun aku tunggu. sebabnya, setiap menjelang tarikh itu, umur aku akan menaik satu per satu. aku ni memang excited sedikit apabila sudah tibanya hari lahirku.


semasa umurku baru mencecah empat, aku ingat hari lahirku sama dengan hari lahir kakak pin. sebabnya, kami sambut hari lahir sama-sama. rupa-rupanya telahanku salah sama sekali. hari lahir kakak pin enam hari lebih awal daripada aku. aku baru tahu apabila tiba tahun berikutnya yang dimana kami tidak sambut hari lahir bersama-sama.

semasa umurku mencecah angka lima, pagi-pagi lagi mama kejut pergi tadika. masa nak mandi mama ucap "happy birthday". sebab semalamnya mungkin aku kecoh yang hari lahir aku sudah tiba.

muehehe. selalunya, apabila tiba hari lahir aku, seminggu aku akan kecoh. pada mama, pada abah, pada adik-adik aku. ingatkan mereka yang hari lahir aku sudah dekat. sebenarnya, dalam erti kata lain nak dapat hadiah. hoho.


semasa hari lahirku yang ke sebelas kali, serasa aku itulah hari yang paling mengembirakan. setiap kali cikgu masuk kelas, mereka bisik-bisik pada cikgu. kemudian nyanyi beramai-ramai. boleh kata banyak gila aku dapat hadiah. dan kebanyakannya pensil mekanikal yang sama jenis. ada warna biru. ada warna hijau. ada warna kuning.

sewaktu sekolah rendah, aku suka sangat pensil mekanikal. entah. mungkin aku rasa yang pensil mekanikal itu ajaib. tekan-tekan boleh tulis. tapi, aku tak pernah pun beli dan gunakan pensil itu untuk diri aku sendiri.

hehe. nak tahu tak? enam pensil mekanikal aku boleh dikatakan rosak dalam masa yang tak sampai sebulan. =____=''

semasa hari lahirku yang ke tujuh belas, mereka ada juga nyanyi satu kelas. malu gila dan memang rasa nak lari. heheh. dapat sosej seketul dari nor shafiqah anuar, rocky (apatah namanya) dari nasharina nazlan dengan budak kelas (lupa siapa yang bagi). dapat senyuman dari eika dan fadhilah. err, sebab. hadiahnya dah dapat awal-awal. heheeh.


pada dua hari lepas, tibalah hari lahirku yang ke sembilan belas kali. boleh dikata yang aku hampir lupa.  biasanya kalau dekat rumah, aku dah kecoh-kecoh. suruh mama belanja. suruh abah belanja. kalau abah belanja, alamatnya dapatlah aku pergi giant beli coklat satu bar.

namun hari itu, aku tidak mengharapkan apa-apa. mungkin sebab aku rasa yang aku ni dah tua. hehe. bukan kanak-kanak riang yang ceria gila menuntut hadiah banyak-banyak. cuma rasa gembiralah apabila terima ucapan-ucapan dari orang-orang yang aku sayang. mereka yang nun jauh di sana.

cuma pada pukul duabelas tengah malam lebih, aku sedang bergayut di telefon bimbit yang murah sahaja dengan zalikha zainuddin. tiba-tiba mereka datang beramai-ramai terjah pintu. siap bawa kek. terkesima aku. ada adirah hamdan. husna nadiah. syazwani wahid. rini azmeera. zhafirah azriah. nur nazifah. dan of course  ada si nabihah dan jane yang cool.

tak sangka pula. siang itu macam biasa je. mentang-mentang aku tak ada dalam bilik. sepanjang hari berada di bilik jppu, sempat pula diaorang merancang itu dan ini. terharu oh.

terima kasihlah kauorang semua. walaupun pada lima belas haribulan empat lepas ada kesalahan yang sudah aku lakukan, aku minta maaf sangat-sangat. sesungguhnya perangai kebudak-budakkan aku ini susah mahu hilang. kelam kabut. cakap lepas. terlepas pandang. loading. annoying pula tu. aku tahu semua itu aku.

terima kasih banyak-banyak.

kalau selamanya nak jadi budak boleh tak?

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

L.I berkata...

selamat hari jadi sekali lagi . jadilah matang seiring dengan usia yang semakin meninggi . jiwa budak-budak itu boleh , tetapi bukan utk perkara yang besar-besar....

nurul.dila berkata...

hewhew, ami dah tuaaa! *tepuk tangan

haha. tua takpa. umur bukan pengukur. yang penting kita sama-sama perbaiki diri ke arah lebih baik. insyaAllah.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran :)

amii afandi berkata...

L.I : err, syafiq. tu ko ke? haha.

terima kasih, aku akan berusaha menjadi matang.

amii afandi berkata...

fadhilah : =________=''

ye saya dah tua. hahah. terima kasih. semoga kita sama-sama perbaiki diri kita. :)

zubect berkata...

selamat hari jadi, sorry lambat. erm, birhtday sy 18 april, hehehe :)
moga2 dimurahkan rzeki

amii afandi berkata...

hahha, thanks. selamat hari jadi juga. :)