TUKANG BACA

Khamis, 5 April 2012

OH API. OH ABU

Office block at old Unimas campus gutted


KOTA SAMARAHAN: An entire office block used by matriculation-level staff at the old Unimas campus was razed to the ground in a pre-dawn fire yesterday. No casualties or injuries were reported in the incident – the second time in two years a building at the old campus was destroyed by fire.
Local Fire and Rescue Services Department personnel arrived at the scene within minutes after a distress call was received at 4.52am and took about 10 minutes to bring the situation under control. However, nothing much could be done to save the single-storey structure, which housed eight offices of pre-university lecturers.
When contacted, Samarahan fire station investigating officer Melvin Amuk said that initial investigation into the fire indicated it was the result of a short-circuit, although he stressed that the department was still investigating the incident.
Total loss was unascertained.
In August 2010, a similar incident saw an entire office block used by lecturers go up in smoke at the same campus, with no injuries reported. The university’s corporate communication unit, meanwhile, said it was unable to immediately issue a statement regarding the fire.

sumber : my sarawak. org

                                        ************************
awal pagi semalam, seperti biasa pukul tujuh setengah aku sudah bersedia untuk bergerak untuk ke kelas walaupun kelas bermula tepat pada pukul lapan pagi. kira macam efektif juga la kan aku ni. awal tu. hoho.

oleh sebab perut tidaklah lapar tapi tekak menuntut untuk menjamah kuih doraemon a.k.a ehem, burger malaysia, sempat juga aku membeli tiga ketul kuih itu bersama sekotak coklat dutch lady yum yum. semasa dalam proses pembayaran kepada pak dol, tiba-tiba orang sebelahku, haqimah (budak fizikal dua) mendapat panggilan.

tutt tutt..
(haqimah angkat)

orang seberang sana yang menelefon : bla bla bla bla bla
haqimah(buat reaksi terkejut)            : tak ada kelas? pejabat am terbakar??
aku pandang haqimah dan kawan sebelahnya. pejabat am terbakar? biar betul?

selepas membeli, aku berpatah ke bilik yang hanya sejengkal dengan kedai runcit pak dol. oh, bukan balik bilik pun. cuma singgah ke bilik nor syazwani abdul wahid. maka, terjadilah penyebaran yang entah sahih ke tidak.


kata 
nor syazwani abdul wahid, "entah-entah diaorang main-main je kot. nak buat april fool."
"cepat-cepat. jom kita pergi menyiasat!"

maka, dengan penuh rasa curiga kami berjalan menuju ke dewan kuliah dua. belum sempat sampai, kelihatan kereta bomba yang gah. kami pun memandang sesama sendiri. tengok-tengok ramai juga yang sudah berkumpul di hadapan dewan kuliah satu dan dua.

terpinga sekejap. apabila melihatkan pejabat am hangus dijilat api sekelip mata. hanya tinggal bumbung! sudahlah terdapat pejabat mr alif, mr tee, lecture bio, dan tak ingat.

assignment kami? lab report kami? HAHA ==''. tinggal abu.

yang kasihan, para lecturelah. segala dokumen, markah barang-barang peribadi oh semuanya sudah tinggal habuk. muka mr tee yang sentiasa tersenyum itu masih tersenyum. namun kelat. mana tidaknya, dengar cerita surat beranak dia pun habis disapu.

tak silap, semasa asasi first batch pun (batch sebelum kami), kejadian kebakaran secara gilang gemilang turut berlaku. sebab yang sama. litar pintas.

diaorang buka cerita kopi mengatakan yang tikus gigit wayar. -_________-''
ini kebakaran pada batch lepas. tak silap yang terbakar adalah makmal komputer. 
aku pun tak tau macam mana bentuk sebenar makmal itu.


gambar untuk kebakaran yang terbaru ini belum ada lagi. yang hanya menengoknya budak-budak yang ada di bilik 24 jam. kami yang lain datang-datang sudah rentung.

maka, dengan itu kelas pada hari itu terus dibatalkan sebab satu area kuliah tiada elektrik. yeah yeah. namun, ianya tidak mengembirakan adalah apabila pulang ke bilik, tiada line internet sampai pagi tadi. -.-''

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

unimas terbakar? wah , beberapa bulan yg lepas uitm pun terbakar gak...tapi bahagian kolej r....kolej kat shah alam....

amii afandi berkata...

woooo, bahagian kolej? gila bahaya.==''

nasib baik time kebakaran ni tak ada orang.

Phillo Jane berkata...

untungla korg xde klas. kitorg nie mcm biase je. klas dari pagi smpai ke petang ada..kejadian ini x memberi kesan kpd kami..=='

amii afandi berkata...

dah nak buat macam mana. DK yang korang guna ada electric. hahah -.-''

kesian >.<

zubect berkata...

bahaya btol la, erm, x syok la lo class cncel sbb bnde2 mcm nie kan? lintar pintas nie mmg bhyer bto la, ade plak tikus gigit wyr, hik3

amii afandi berkata...

hahahaha. class cancel tak pe lagi. yang parah, assignment kena hantar balik. ==''