TUKANG BACA

Isnin, 4 Jun 2012

APABILA MINAT MULA DIPUPUK

buat masa ini, hidup aku tidak menentu. sekejap di sepang, dua hari kemudiannya di rumah. sekembali lagi pada minggu seterusnya di sepang. juga menghabiskan hujung minggu aku di melaka. akhirnya, sekarang aku berada kembali di rumah sebelum meneruskan penjelajahan aku yang seterusnya ke muar sebab ada kenduri kahwin along zila.

fuh. nasib aku baik apabila result aku telah keluar ketika aku di sepang, rumah maklang. bayangkan jika aku di rumah, berbakul-bakul bebelan pasti terhempap apabila melihat result yang okaylah tu kan? okay bagi aku tapi haha hancur bagi orang lain.

mama selalu cakap yang "arrghh, minat tu boleh dipupuk".

apabila aku bahaskan bersama ....(namanya dirahsiakan. cukup kau mengenalinya sebagai kawan yang selalu aku bergayut di telefon)..., aku mula mengiyakan ideologi itu, bahawa minat memang boleh dipupuk. yang menjadi jurang antara aku dan kau serta kau yang lain adalah kerajinan.

jikalau mahu berjaya, perlu rajin. jika tidak rajin bagaimana mahu berjaya?

sebelum masuk ke asasi, aku telah berazam untuk menjadi rajin setelah aku sia-siakan zaman persekolahan aku dengan sikap yang terlampau tidak rajin.

boleh dikira, semester satu rajin sedikit jika hendak dibandingkan dengan semester dua. entah. mungkin aku rasa penat untuk memupuk minat. dikala itu terlintas pula pemikiran aku yang menyalahkan ideologi lapuk menyatakan "minat boleh dipupuk."

apa yang aku rasakan sebenarnya bahawa "minat memang boleh dipupuk, namun minat yang dipupuk itu senang untuk jatuh."

tak percaya? okay. lihat contoh aku.

dari zaman sekolah lagi kau tidak suka matematik (contoh je la kan, kau boleh tukar dengan subjek lain). namun, terdapat suatu ketika dimana keajaiban berlaku dan tanpa sebab kau rajin pula buat latihan matematik banyak-banyak. apabila tiba ujian matematik je, tiba-tiba kau dapat markah yang kau rasa tinggi. apa yang kau rasa apabila markah matematik yang selama ini tak tinggi mana pun tiba-tiba menjadi awesome?

mestilah kau gembira sangat kan? dan disaat itu jualah, kau rasa yang kau mula untuk menyukai matematik. lihat ya di situ, secara tidak langsung minat kau telah dipupuk. dari tidak suka kepada suka. dan hati kau pun berbunga-bunga.

kemudian, datang lagi peperiksaan besar dan kau mengharapkan markah matematik kau lebih gempak daripada biasa. keluar result, tiba-tiba senyuman kau pudar dan lama-lama terus lenyap. markah matematik kau corot. apa kau rasa?

mesti kau rasa sedih kan? lagi-lagi harapan yang kau harapkan terus melebur dan hanya palsu semata-mata.

sejak dari itu, aku rasa kau mesti malas nak buat latihan matematik lagi. dan kemudiannya kau kembali ke takluk lama. dari tidak suka kepada suka dan kemudiannya tidak suka. oh, lainlah kalau kau terus bangkit dan bangkit. memang aku tabik.

itulah sebab aku tambahkan perkataan di belakang itu,  "minat memang boleh dipupuk, namun minat yang dipupuk itu senang untuk jatuh."

apa-apapun yang penting kita usaha. Allah tidak tengok pada hasil tetapi pada usaha.
jika kau telah usaha, kau pasti bisa menguntumkan senyuman walaupun seribu kali engkau jatuh.

4 ulasan:

zubect berkata...

aku jenis susah nak pupuk minat. and mmg aku takleh blah ngan subject matematik. so mmg aku tk target lgsg r, selalu dpt c or d. tu pown aku tiru org, tp mse spm, aku jdik rajin lak buat latihan math, then alhamdulillah, aku dpt a-. wlopon cmtu, smpai ary nie aku tak suke math,. tp nie cter2 zaman sekolah r

amii afandi berkata...

haha,masa seklah rendah aku tak suka math. bila mak aku suruh buat latihan math aku nangis. haha cengeng. tapi bila masuk sekolah menengah suam-suam suku je la math aku.

dan sampai sekarang aku belajar math lagi. mak aku kata, math tu asas kehidupan. ==''

oh tak paham. math hanya mengajat kita mengikut law sahaja.

Phillomena Jane berkata...

aku xtau minat bole dipupuk ke x sbb aku xpernah pupuk minat. tu yg pelik tu. aku minat pon kurg.haha

tp aku rase ape yg mak ko ckp tu betul la kot. sbb bila kita pupuk sket2 minat tu akan muncul jgk. tp aku rase ape yg ko tulis tu pon betul jgk. minat kalau dipupuk akan senang utk jatuh.

aku klau math neutral je dari dulu. tp skrg nie ada sikit rasa x puas hati pon ada jgk. math dulu2 nombor je bnyk, skrg nie perkataan plak yg banyk. kata math...

haih..memeningkan la plak. =='

amii afandi berkata...

hahahaahahaha, itulah. aku pun rasa betul dengan apa yang mak aku ckp. tapi lama kelamaan aku rasa macam salah lak. haha

tapi sekarang tak de la aku tak suka math. okay je. mungkin lebih pantas aku patut kata yang aku tak suka kira-kira dan subjek yang melibatkan kira-kira.