TUKANG BACA

Ahad, 5 Ogos 2012

HATI KOTOR AKU


assalamualaikum.

aku pernah terfikir. kalau boleh, aku tidak mahu jumpa lagi orang yang mengenali aku. kalau boleh, aku mahu lari jauh-jauh dari mereka yang tahu akan aku. kalau boleh, aku mahu lenyap daripada pandangan mereka yang selalu bercakap mengenai aku. kalaulah boleh.

kalau boleh, kalau boleh dan yeah, kalaulah boleh.

aku ada seorang kawan.  agak rapat juga semasa zaman sekolah. ya. mungkin dahulu rapat kerana aku selalu kacau dia. main tarik-tarik kerusi.  cerita-cerita. memekak-mekak. selalu pula aku suruh dia siapkan kerja add math aku. hoho, gila pemalas. memang muka tak tahu malu.

itu dulu. tapi sekarang, tiba-tiba aku rasa malu. aku rasa malu bila dia tahu aku. aku rasa malu bila dia selalu kata yang aku tidak berubah.  aku rasa malu bila dia selalu geleng-geleng kepala tengok telatah aku.

entah. aku rasa perangai aku ini buruk benar. selalu ikut hati. tak pernah ikut akal. jika hati menjerit, maka jeritlah aku. jika hati membenci, jadilah aku orang yang membenci. jika hati suka menyakiti hati-hati yang lain, maka jadilah aku orang yang suka menyakiti. kadang-kadang aku rasa macam nak campakkan sahaja hati kotor aku di mana-mana. hanya muncul dan masuk kembali dalam keadaan yang bersih.

jika mahu hati yang bersih, maka banyakkanlah ibadah kepada-Nya. ya. itu juga aku tahu. setiap kali aku berazam untuk beristiqamah dalam beribadah, setiap kali itulah Allah menguji. dengan hati yang tidak sabar malah selalu mengalah, berkubur sahajalah seperti itu. malas pula dengan senang hati datang memikat hati kotor aku.

sumber : google
hati kotor aku yang calarnya banyak tidak terkira. 

cuma yang aku harapkan. suatu hari nanti, aku akan muncul menjadi orang yang baru. dengan hati yang tidak lagi kotor.  Jika tidak sesuci baju putih yang disental dengan pencuci handal, sekurang-kurangnya kecerahannya tetap ada berbanding yang lama.

doakan aku. yeah, doa itu percuma kan?

“jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat. yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk. jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah. yang hanya memandang kewanginya dan keindahan, serta melupakan keburukan.”

4 ulasan:

L.I berkata...

jangan mengalah , hati yang kotor boleh dicuci .

bukan serbuk pencuci dan sabun mandi , tetapi cuci dengan kalamullah

sugar2 kapas strawberry berkata...

mungkin dia tak npk lagi kot awk dah byk berubah.sedangkan pntai boleh berubah, manusia pon boleh.

amii afandi berkata...

haha, aku pun tidak mahu hatiku disental dengan serbuk pencuci.

yo encik, doakan aku ya. heee

amii afandi berkata...

sugar2 kapas strawberry (huahh, lazatnya nama!) : mungkin juga :)