ruang yang pada mulanya milik seorang, menjadi milik berdua. bersama katil dua tingkat yang hampir-hampir pada silingnya. lagi menggerunkan apabila kipas sudah boleh berpusing dengan jasa kak syafa. ligat. sangat ligat. membuatkan aku yang sedang mamai merenung kipas dengan tiada kata. kipas yang hanya beberapa jengkal dari kepala.
dunia aku, kini hanya di ruang kecil.
ruang di mana mempunyai tingkap yang sentiasa terbuka. dapatlah juga merasa deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa. juga angin yang datang dari hujan lebat atau gerimis cuaca. mampu menyejukkan ruang kecil yang hangat sebelum kipas yang mati hidup semula.
sekarang bilikku adalah syurga buatku. nak cari aku, jangan malu-malu.
terjah sahaja tingkapku. lalu jeritlah namaku. akanku sambut jeritanmu.
dunia aku, kini hanya di ruang kecil.
ruang yang mempunyai sebuah meja kayu yang terlekat pada dinding. juga sebuah kerusi plastik yang kukuh tidak menyendeng. pastinya, hari-hari punggungku terlekat pada kerusi itu. kerusi yang mampu memberi kesan yang epik pada tulang belakangku. argh. aku hampir tidak mengerti mengapa teman serumahku, pooi sze boleh duduk tegak berjam-jam pada kerusinya. inilah dilema. bagi mereka penghuni tingkat atas yang tinggilah sangat darjatnya.
dunia aku, kini hanya di ruang kecil.
ruang yang merupakan syurga buat aku. mungkin selama lima bulan lebih aku tidak tahu. ruang yang berjaya membuatkan aku terkurung membuat segala kerja harianku. berjaya juga membuat aku menahan diri daripada keluar menatap dunia yang berliku.
aku, bukan aku yang dahulu lagi.
aku kini seperti ruang yang kecil dan menyepi diri.
9 ulasan:
perghh cantik sih meja kitak
mun dalam gambar jak kacak bha. haha syukur kamek ada meja :)
beginilah kehidupan kita sehari-hari di sakura ni. nasib baik ada bilik kan? bilik aku kecil lagi untuk 3 orang. huhu..panas..
wah, mendalam tu.. tapi takpe, still boleh faham..hehhe
jane : haih itulah. beginilah nasibnya kita di sini. betulkanlah kipas, jane. kipas kitaorang dah berpusing.
arpiiz : heheheh. nasib baik faham.
cantiknye meja ko, jeles
-.-'' sebab ada meja yang cantiklah membuatkan aku suka duduk dalam bilik.
heeeeeee :)
Catat Ulasan