TUKANG BACA

Selasa, 5 Februari 2013

PERTAMA PADA DUA RIBU TIGA BELAS

assalamualaikum.

entri pertama pada tahun dua ribu tiga belas. *sigh*

sebulan lebih sudah berlalu. saat ini, baru terbuka sedikit hati aku untuk kembali menaip. dan sampai sekarang aku masih lagi tercongak-congak tentang apa yang patut aku taipkan. akhirnya, buat masa ini, taipan merapu yang terhidang inilah automatik terlintas dalam benak fikiran. bercelaru dan kelu. yang mampu membuatkan aku merenung kosong membiarkan jari-jemariku menaip tanpa tujuan.

inilah akibatnya apabila sudah lama tidak menaip sehingga hampir lupa apa yang mahu ditaipkan.

oh ya, sekarang aku berada di kedai maklang. bukan bekerja tetapi berehat. hehe. dengan senang hati menaip sambil menunggu maklang untuk menghantar aku kembali pulang di puchong.

tatkala ini juga, radio sinar.fm pun berputar. lagu 'antara matamu dan mataku' dimainkan. oh sebenarnya aku sempat google apakah tajuk lagu ini. yang aku ingat hanyalah bait-bait pertama lagu ini.


di mata mu ku lihat
sinaran bercahaya
permata hati

di wajah mu ku lihat 

senyuman yang berseri 
Menawan hati


abaikan lagu ini. eh, sekarang pula lagu kegemaran aku berkumandang di radio. eh, abaikan.

ehem. ramai yang bertanya aku, "mana kau menghilang? sepi je kau. aku tunggu kau online tapi kau tak online-online."

haha. maaflah ya, bukan menghilang. tetapi pada waktu cuti sebeginilah banyak benda aku ingin lakukan yang selama ini terbatas kerana memikirkan banyak assignment dan tutorial segala bagai. jadi, aku ingin menggunakan cuti semester aku ini sepuas-puasnya. haih, aku ada masa lagi seminggu lebih sebelum terbang pulang. kalau tak nak balik boleh tak?
bulan satu dua ribu tiga belas. 

dan sekarang, aku tidak tahu apa lagi yang patut aku taipkan. apabila aku sudah mempunyai idea nanti, aku akan datang kembali meneruskan semangatku yang hampir pudar untuk menaip.

sekian dari aku. terima kasih.

5 ulasan:

L.I berkata...

fuh design baru untuk tahun dua ribu tiga belas....

amii afandi berkata...

design baru? hehe ianya hanya bunga di tepian. keke

Phillomena Jane berkata...

Aduh, itu sebahagian dari muka aku. :P spek ku tertinggal d stor..haha

amii afandi berkata...

haha. spek kau sangat jelas untuk dijadikan cermin. hehehe

Nadilla Jamil berkata...

kemainnn sinaran mata bagai