TUKANG BACA

Sabtu, 30 Mac 2013

SEGELAS AIR TEH O PENG DI TANGAN

segelas air teh o peng di tangan.
kusedut  airnya dengan nikmat.
sambil kau kutunggu tanpa lelah dan penat.

segelas air teh o peng di tangan. 
tinggalnya separuh harus kuhabiskan.
sebelum kau datang menjemputku pulang.

kupandang kiri. kupandang kanan.
makcik tua sedang mengutip cawan. mengutip pinggan.
membersihkan tempat makan yang penuh kotoran.

ah, ini masalah! 
masalah golongan bongkak yang hanya suka mendabik dada.
sehingga makanan sendiri tidak mahu dikemasnya.

mataku liar merata.
melihat pula pasangan yang sedang berputik asmara.
duduk berdua, bertepuk-tampar mesra.

cemburu? iri hati?
aku tidak peduli.
aku lebih suka menjadi seseorang yang dipagar keluli.
daripada membuang masa berkepit ke sana-ke mari.

segelas air teh o peng di tangan.
kusedut airnya dengan nikmat.
sambil ditemani keluh-kesah masyarakat.

kutunggu, tunggu dan tunggu.
sehingga kubiarkan rindu ini berlanjut.
yang membuatkan hati tenang bagai terjerut.

selama mana ku tunggu, kau tidak hadir menjemput.
sampailah segelas teh o peng tadi hampir kosong.
sama seperti kosongnya hati.
saat ditemani dengan dunia sibuk yang sunyi.
menyepi, menyendiri.

hampa.
seperti segelas teh o peng yang hilang manisnya.
laluku bangkit merentasi dunia.
membuang segala rindu, juga putus asa.

hey, 
aku tidak perlu tunggu.
aku akan datang berdiri dihadapanmu.
berdiri megah  dengan kaki kedingku yang kaku.
membawa segulung cita dan rindu.

sama seperti secawan teh o peng yang manis rasanya.
manis pengakhirannya.


p/s : air teh o peng itu ialah air teh o ais. teh o peng adalah minuman kegemaran abqari. jadi aku pun terikut sekali.


6 ulasan:

Nadilla Jamil berkata...

ku menanti kaki kedingmu berdiri dihadapanku

amii afandi berkata...

kaki kedingku ini sudah tidak larat menjelajah mencarimu.

apalah ni~ haiya, sila balik dengan cepat la.

fyy mokhtar berkata...

suka teh o juga. cuma teh o yang manis kadang kadang boleh jadi pahit. lebih kurang sama dengan emosi yang di alami.

teh o peng ke? teh o beng? hihihi

amii afandi berkata...

hihihi, teh o peng rasaya. sebab setiap kali order dekat tempat makan, abang air akan tulis, T.O.P. top tuu. haha

hafiz berkata...

wah pandai jugak bermadah ye...best2..gunakan situasi sekeliling untuk hasilkan karya, sangat menarik ^_^

amii afandi berkata...

haha :)