TUKANG BACA

Ahad, 10 Mac 2013

TUJUH JAM AKHIRNYA

sekarang. aku terperangkap lagi dalam code-code aneh. terperangkap selama tujuh jam dan tidak berjumpa jalan keluar. terpaksa mengerah-ngerah otak yang semakin lembab. akibat daripada sudah lama tidak diservis. hanya berbekalkan lagi dua error, aku sudah tidak tahu apa lagi yang patut aku lakukan. kenapa kenapa kenapa? okay, nak nangis sekarang.

dua semester sudah aku bertemu dengannya. sem depan pun akan kutemu juga. sem-sem depan, pastinya. dan aku rasa kepala aku sudah tepu. tepu sehingga bisa menyakitkan gusi (okay, aku sudah tiga minggu merasai sakit gusi). tulang belakangku sudah sakit kerana duduk berjam-jam lamanya di kerusi. dan bahuku juga sudah berasa sengal-sengal ubi.

tutorial? oh, satu apa aku belum buat lagi.

empat buah kelas tutorial dalam satu minggu. dua buah lab dalam satu minggu. lima buah subjek entah berapa buah kuliah dalam masa satu minggu.

berusaha. sila berusaha bangun awal. sila berusaha buat tutorial. sila berusaha buat assignment dengan jayanya. sila berusaha menahan diri daripada melayan movie. sila berusaha menjimatkan duit dengan tidak membeli benda-benda yang kurang berfaedah. dan sila berusaha membasuh baju yang melambak.

amii, sila berusaha selagi kau bernyawa.

hey. nama saya ahmad umar ar-rayyan. :)

oh, terima kasih code-code aneh kerana membuatkan aku update blog.

3 ulasan:

Nadilla Jamil berkata...

All the best baby! i know u can do ittttt!!!!

L.I berkata...

idlan rayyan~

Phillomena Jane berkata...

berssabarlah wahai sahabatku. bersama-sama kita berjuang dengan kepayahan ini. usaha dan keinginan kena ada. :)