TUKANG BACA

Selasa, 20 Januari 2015

SEKELIP MATA

Ada seekor anjing. Anjing yang bulunya putih dan bertompok-tompok kehitaman. Anjing yang dahulu tuannya duduk di persimpangan jalan ke rumah sewa lama aku. Oh, sekarang bekas tuannya masih menginap lagi di situ, tapi bukan lagi menjadi si tuan anjing itu.

Kenapa?

Sebabnya, anjing itu telah dihalau keluar dari rumah. Mungkin kerana tuannya tidak sanggup membelanya lagi.

Sebenarnya, aku si penakut anjing. Setiap kali jalan kaki untuk menunggu bas dahulu, perkara yang paling aku takuti adalah anjing. Anjing punyai gigi yang tajam. Anjing suka menyalak dan suka kejar. Anjing menakutkan.

Bagi akulah. Sebab mungkin masa kecil dahulu aku selalu kena kejar dengan anjing. Sampai sekarang aku tidak dapat menukar persepsi ini walaupun anjing kalau tengok dalam tv nampak comel. Tapi aku tetap takut.

Oleh sebab yang demikian, aku ini amat sensitif dengan kelibat anjing. Masa zaman sekolah dahulu, jika aku lihat anjing dari jauh, aku sanggup berpatah balik melalui jalan yang jauh. Sekarang pula, aku akan menyelit dengan budak-budak cina ataupun keramaian dan berpura-pura berjalan bersama mereka.

Eh, okay.
Sebenarnya aku mahu bercerita pasal anjing putih bertompok hitam itu.

Bila sudah kena halau, anjing itu tetap setia pada tuannya. Tetap duduk di depan rumah tuannya. Dari segebu-gebu dan secantik dahulu tinggallah menjadi anjing yang kurus dan kotor. tapi tetap setia di hadapan rumah tuannya.

Dari perasaan takut, timbul perasaan kasihan. Lagi kasihan bila tengok matanya. Mata yang bagaikan sedang merayu. Mata yang bagaikan menangisi nasibnya. Anjing yang dahulunya gah menyalak di depan rumah kini hanya pandangan sayu yang diberikan.

Pernah sekali. Bekas tuannya bermain dengan anaknya di depan rumah. Anjing itu melangkah jauh sedikit dari tuannya. Sebab mungkin dia tahu dia tidak diperlukan. Bila bekas tuannya melangkah masuk ke dalam rumah, anjing itu berpatah balik ke tempat asalnya; di depan pintu pagar bekas tuannya.

Kenapa?
Kenapa jadi begini?
Kenapa manusia kejam?
Kenapa manusia tidak berhati perut?

Kenapa?

Dalam kehujanan, anjing itu tetap setia kesejukan.
Dalam kepanasan, anjing itu tetap setia berpanasan.

Tapi.
Manusia bukannya seperti anjing.
Bukanlah hebat setianya.

Manusia.
Sekelip mata boleh berubah.
Sekelip mata boleh menikam.
Sekelip mata boleh membenci.
Sekelip mata boleh..

Semuanya sekelip mata.
Sekelip mata sahaja hati manusia boleh buta.

Motif letak gambar pantai? lel.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

whoaaa amii sedihnyaaa. kenapa tuan dia buat mcm tu? dah takde duit ke nak bela? so bila kau lalu depan rumah tu anjing tu menyalak kat kau tak?

tu la kadang2 kite rasa anjing lagi tahu setia berbanding manusia...

tapikan, kat sini anjing2 semua behave tau. baik je. kite lalu sebelah pon tak takut. kenapa ya? sebab org kat sini ajar anjing dia utk behave ke? entah la. kite rasa nak tanya org yg bela anjing kat sini.

tau tak, kalau anjing tu bukan kategori najis, kite rasa kite dah lama bela satu. forever alone la katakan hehehe

p/s: mesti lah kau tahu sape ni kan hehe

amii afandi berkata...

Bila aku lalu anjing tu dah tak menyalak dah. Hehe.anjing dekat sarawak pun behave daripada anjing kat puchong ni. Garang gila. Haha.