TUKANG BACA

Ahad, 8 Mac 2015

AHAD YANG TIDAK PRODUKTIF

Dari tadi aku asyik menekan-nekan butang di alat kawalan jauh. Bosan. Tiada siaran yang mampu menarik minat. Lalu aku memberi laluan kepada abqari yang dari tadi asyik bising di sebelahku untuk menonton kartun. Dan sekarang, aku menghempaskan diri di atas sofa. Menjadikan hari ahad aku ini; lemau, tidak produktif.

Esok sudah isnin. Dan haih, sudah masuk dua minggu praktikal aku ni bermula. Harus menempuhi kerakusan manusia yang mencari rezeki di tengah kota. Menjadikan aku yang asing masih terkapai-kapai di sini. menyelesaikan hal aku sendiri.

Dalam ketidaksedaran, rupanya aku sudah dua puluh dua. Sudah lanjut usia. Umur yang aku kira sudah masuk alam dewasa. Sudah matang dan boleh mengatur hidupnya.

Tapi, aku rasa aku masih lagi aku yang dulu. Masih bermimpi lagi dan masih berdongengan seperti selalu. Sama seperti sekarang yang hanya merenung kipas yang berpusing laju. Tetapi otakku tidak berfikir seligat itu.

Aku.
Masih berdongeng.
Masih keawang-awangan.

Dan dalam ketidaksedaran, aku masih mencari. Mencari erti hidup ini.

Tiada ulasan: