TUKANG BACA

Khamis, 11 November 2010

BANGKIT SEMULA



kehidupan berlalu bagai air yang deras mengalir. tidak perasan sudah hampir beberapa hari sahaja lagi aku akan menduduki peperiksaan.

aduh. hidup bagai berulang-ulang. tiada lagi masa untuk bergurau senda. bermain-main. gara-gara peraturan yang telah dibina. tidak mengapalah. sekejap sahaja. jiwa raga haruslah dikorbankan.


aduh. penat. serasa seperti tidak ingin berbuat apa-apa. ingin menyerah begitu sahaja. 
biar berputih tulang. jangan berputih mata.

namun aku? sudah mengangkat bendera putih sebelum memulakan perjuangan.

ini baru perjuangan di medan kertas. belum lagi perjuangan di medan kehidupan.apatah lagi perjuangan di medan perang. bukankah lari dari medan perang itu hukumnya berdosa besar?

oleh itu. aku perlu bangkit. bangkit dari semangat yang hampir luntur. hampir hilang. 

ayuh rakan, kita mulakan perjuangan. martabatkan bangsa kita. negara kita. 
kitalah modal insan yang menjadi harapan. di masa hadapan. ayuh, bangkit semua!

dabiklah dada,
kopaklah kata,
satu aku beria,
dalam dewa bangun bicara.

Tiada ulasan: