TUKANG BACA

Isnin, 13 Disember 2010

DEWASA. APA MAKNANYA?


yeah. peperiksaan sudah habis. 
dan bermakna tamatlah sudah riwayatku di tempat yang panggilnya sekolah. 

selamat tinggal sekolah yang disayangi. yang telah mencipta banyak memori. yang telah mencorakkan kanvas putih menjadi abstrak yang sukar untuk dimengerti. 

kanvas putih yang comot bercampur dengan warna-warna jingga dan indigo. Bukti permainan yang senantiasa dimainkan sepanjang ranjau kehidupan. dari anak kecil sehinggalah sudah besar panjang.

ada diantara rakan yang dahulunya tidak disenangi dan kini menjadi akrab. 
ada diantara rakan yang dahulunya akrab bagai isi dan kuku kini sudah saling bermusuhan. 
itulah lumrah kehidupan. 

dalam mencari sahabat yang sejati bukan senang. agak sukar. 
namun. aku amat beruntung kerana mempunyai rakan yang amat memahami dan mampu menerima aku seadanya.

cuma. harapanku kini. harap hubungan kita tidak terputus begitu sahaja. tambatan yang telah lama kita miliki janganlah seperti ditulis di padang pasir. apabila angin bertiup. akan hilang segalanya. 

jadikanlah persahabatan kita ini seperti ditulis di atas batu. kekal selamanya walau apapun yang terjadi.

kita semakin dewasa. 
namun adakah bermakna kita akan berubah selamanya?

Tiada ulasan: