TUKANG BACA

Isnin, 3 Januari 2011

MAAF. TIADA.

selamat tahun baru 2011. err. terlambat ke? yalah rasanya. ehehe.

jika ditanya apakah azam baru?
aku dengan bangganya. eh bukan. dengan tragisnya menjawab. tiada.


err. memang. tahun ini aku tiada apa-apa azam. nak berazam belajar rajin-rajin, apa yang perlu aku pelajari. aku tidak bersekolah lagi.


kalau berazam untuk dapat kerja, apa kerja yang diberi selain menjadi suri umah sepenuh masa. dan bukanlah suri rumah sepanjang masa. kalau sepanjang masa, nanya aku dibuatnya.


apakah azam yang pantas diazamkan oleh seorang budak hingusan lepasan SPM yang tidak tentu hala tujunya?

oh ya. mungkin azam yang sesuai ialah ingin menjadi tukang masak yang hebat. eh, aku masak pun terkial-kial. takut minyak terpercik-perciklah. kalau boleh, aku ingin memakai perisai berperang dengan minyak masak. tapi, malu pula dilihat atok nanti.



dikatanya "apa anak dara masak sebegitu caranya?"

belum lagi dibilang mengenai bab menbasuh pinggan. aku kalau membasuh pinggan bunyinya keletang-keletong!! habis didengar orang. dan mulalah perang air liur atok.

beliau berkata "apahallah anak dara sorang ni basuh pinggan begitu. malu kedengaran orang sebelah."

ah. aku peduli apa.asalkan beres. ya tak?
alamatnya, lambatlah aku mendapat jodoh.
yalah, orang tidak berkenan.

apahallah terfikir pasal jodoh pula ni? ini bukan pasal jodoh ya. ini pasal azam. azam 2011 yang tiada dan kosong tidak terisi.

senang cerita engkau tentukanlah azam aku untuk tahun ini.

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: