TUKANG BACA

Ahad, 23 Januari 2011

BILA NAK TERBERAK. BARU NAK CARI JAMBAN

okey. sepatutnya entri ini dipostkan semalam. tetapi. err. bukan tiada kesempatan. cuma telah membuang masa mengelap habuk jahanam yang mula mengintai di blog ini.

aku mengelap. kain buruk disediakan.
aku menyapu. pakai penyapu lidi yang panjang.
tidak kurang juga mengemop. menggunakan ajax fabuloso yang wangi semerbak.

okey. berhenti. kita mulakan dengan peristiwa semalam.

dengan ini aku isytiharkan bahawa aku telah lulus ujian undang-undang dengan jayanya. 47 per 50. bangga tu. tak sia-sia aku menelaah sehingga terasa hendak termuntah. yalah. minit-minit terakhirlah kira.

bak kata pepatah emakku, "bila nak terberak, baru nak cari jamban."
*tiada kusangkanya. emakku juga turut reti berpuitis.

cit. aku ingat telingaku ini tidak lagi bernanah mendengar pepatah yang tidak kurang enak itu. setelah berjaya membolosi diri daripada cengkama SPMlah katakan.
haih. iktibarnya. jangan menangguh-nangguh.

dan aku juga berjaya menyentuh stereng kereta buat kali pertama. cekam. brek. minyak. wah. teruja.


pandu kereta ini kadangkala menimbulkan kepuasan ya?

yang sadisnya. menarik brek tangan. aku tidak pass. T_T
tidak mengapa. berusahalah. buktikan kepada mereka yang memperkecilkan kemampuan kau, amii.

yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: