TUKANG BACA

Jumaat, 28 Januari 2011

KETIADAAN BABAK TERAKHIR

aduh. kuatnya pengaruh cerita!

aku menggosok-gosok dahi. yang berkerut-kerut. cuba mengingatkan kembali malam semalam. ya. malam semalam.

oleh sebab aku terlalu minat cerita hindustan. akibat pengaruh orang sekeliling. seperti emakku dan kaum kerabatku. seperti biasa. kadangkala malamku disajikan dengan hidangan cerita-cerita hindustan lama.

dan malam semalam. aku telah menonton trimurti. shahrukh khan dan anil kapoor berlakon.

kalau kau semua tidak mengenali. aku rasa lebih baik kau hempukkan kepalamu ke dinding. tidak pun. pergi terjun lombong.

cerita trimurti itu mengisahkan seorang anggota polis. ehh. kau tengoklah sendiri. aku bukanlah penulis sinopsis di surat khabar. bukan juga si penaip sinopsis apabila kau menekan info di astro zee.

kebiasaannya. cerita hindustan ada lawan-lawan. ada orang jahat orang baik. ada watak hitam dan putihnya.

oleh sebab cerita itu terlalu menarik. bagi akulah. bagi kau luar di dalam kotak fikiranku. aku terbawa-bawa sampai ke alam mimpi.

padahal aku ni jarang bermimpi. hanya tidur seperti orang mati. dan terjaga keesokkan hari dengan terpinga-pinga.

err. bermulalah babak pertama cerita itu.

aku sebagai pengarah. dan juga penulis skrip yang tidaklah bertauliah.

dan. yang anehnya. tiada babak terakhir walaupun yang babak terakhir cerita itu telah terang lagi bersuluh.

apabila sampai babak-babak terakhir aku terjaga. berhenti melalut. memikirkan kembali jalan cerita yang sebenar. kemudian. tarik selimut dan sambung kembali lakonan mimpi itu.

aku rasa telah beberapa babak terakhir aku reka. namun. apabila hendak sampai babak-babak terakhir itu aku terjaga.

aneh.aneh.dan. entah bila aku boleh tidur seenaknya.

oleh itu. jangan lupa basuh kaki. dan baca doa.


yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: