TUKANG BACA

Rabu, 19 Januari 2011

SUKSES YANG TIDAK SEBERAPA SUSKES

agak-agak. bilakah berakhirnya kerjayaku sebagai seorang pengganggur sukses?
lepas dapat result. mungkin.

oh. lupa pula. aku pasti dapat plkn punya. tiada ragu-ragu. tiada mungkin-mungkin. pasti punyalah. 

yalah. nama dah termaktub. dalam senarai peserta plkn tu hah. namun. yang menjadi kemusykilannya, bila aku pergi? pergi meninggalkan rumah tersayang dan sekaligus dapat menamatkan kerjayaku yang tidak seberapa sukses.

cumanya. hanya sukses apabila sampai pada frasa-frasa tertentu. rasanyalah.

heh. membaca apa-apa adalah frasa yang paling sukses dan berjaya sekali dalam kerjayaku ini.

pelik? jangan pelik. sebab. aku suka baca. baca apa-apa. tapi bukan sesuatu yang wajib dibaca ya.
habis semua novel, komik dan termasuk majalah wanita emakku pun dah dikhatam.

yang wajib dibaca itu jangan dibilang. misalnya apa ya?

err. buku KPP untuk ujian undang-undang. belum pun habis dibaca. hari sabtu ni pula ujiannya. aduh. semangat, tolonglah kembali membara.


frasa-frasa yang lain tu..err. semuanya sama sekali tidak berjaya.

bila dibilang tentang makan.
maaflah. entah mengapa layu terkulai semangatku. ya. aku relaks-relaks sahaja sampai terlupa nak menjamu selera. alah. selera pun entah berterbangan ke mana.

habis kerimping aku jadinya. semacam cicak kobeng. dan bolehlah menggantikan orang lidi yang dok budak-budak melukis.


oh ya. disentuh pula tentang tidur.
aduh. ni lagi satu masalah yang boleh ke tidak dibendung?
aku rasa semacam terkena isomnia. penyakit sukar melelapkan mata dan bermimpi indah.

malam aku menjadi burung hantu. siangnya pula bertukar rupa menjadi beruang panda.

dan mulalah berhibernasi dengan jayanya. pada sebelah tengahari. dibawa ke petang. namun terjaga pada sebelah malam.


apabila kebanyakan frasa kerjayaku tidak dihabiskan dengan suksesnya. timbul pula permasalahan yang tidak dingini berlaku.

ya. banyak.

mukaku tiba-tiba macam terbakar. disedari apabila ditegur oleh fadhilah. "apasal muka awak macam terbakar?"

hal ini yang dapat menimbulkan keanehan sesetengah pihak. termasuk aku sekali. ehh. rasanyalah. ye ke? entah. ada jawapan. tetapi macam tiada jawapan.

bunyi jawapannya agak aneh? kot?

"saya kalau duduk rumah memang macam tu awak. muka saya tak terurus."

fadhilah dan sekaligus si eika ketawa."orang sepatutnya lebih terurus kalau duduk kat rumah."

aku menggaru-garu kepala. ya tak ya gak. 

agak-agaknya. apabila selalu memasak, muka akan terbakar kot. apa tidaknya. kan bermain dengan api. habis muka pun berasap. 

apa bendalah yang aku mengarut ni? amat tidak logik pemikiranku.

apa-apalah. 

Tiada ulasan: