TUKANG BACA

Ahad, 16 Januari 2011

KEHILANGAN YANG TELAH LAMA PERGI

ku ketap bibir. huh. sakit! berdarah sudah bibirku ini.
ku cubit-cubit pipi. bisa! merah-merah pula pipiku ini.

ya. 
ku cuba pula menarik-narik rambut. yang kerinting-kerinting. arrgghh! gila. gila.

apa yang sudah kau lakukan ini? 
untuk memastikan aku masih wujud di dunia ini.

untuk apa?
kerana. aku sudah tidak tahu matlamat dan tujuan hidupku di dunia ini.

mengapa?
bosan.

bosan?
ya. bosan. habis sudah kebosanan menggigit seluruh roma tubuhku.

apa yang cuba kau nyatakan ini?
hakikatnya. ya. aku bosan. bosan dengan semuanya. bosan dengan hidup. bosan juga dengan impian.

perasaan aneh datang menerpa.

kadangkala aku bertanya. siapa sebenarnya aku ini?
ya. aku pun tidak mengerti siapa aku. juga berasa sesuatu kehilangan. kehilangan yang telah sayup-sayup pergi. meninggalkan aku di sini. 

aku cuba untuk mencapai kembali kehilangan yang telah lama pergi itu. namun. aku tidak mampu.

aku bagaikan sang siang yang tercari-cari di mana hilangnya mentari.aku umpama seorang buta yang masih meraba-raba mencari sinar kehidupan. aku juga seperti seekor anak ayam yang telah kehilangan ibunya.

puas tercari-cari.
namun tiada hadirnya.

puas meraba-raba.
namun tiada hasilnya.

puas meratapi.
namun tiada kembali.


Tiada ulasan: