TUKANG BACA

Isnin, 17 Januari 2011

NOSTALGIA TERHEBAT

ketika aku kecil.

hanya dengan berjalan terkedek-kedek. dan rambut sejempol di ikat ibarat pokok kelapa. yang tidak berapa tinggi dan juga tidak seberapa rendah. 

aku seronok-seronok bermain. dengan kakak pin, abang arep dan kak long emi. bermain kejar mengejar. bermain masak memasak. bermain juga anak patung kertas.

dulu. kak long emi terror berlari. lagaknya berlari pecut. abang arep pula terror membuli. aku yang menjadi mangsa wrestlingnya. kakak pin pula terror. err. terror apa ya? terror main barbie agaknya.

ketika aku kecil. aku pernah ditanya. "kakak, kakak takut hantu tak?"

aku hanya menggeleng. sumpah. dulu-dulu aku tidak takut hantu. sebab. aku tidak tahu hantu itu apa. ya. mungkin tiada siapa yang memberitahu aku bagaimanakah rupanya hantu. sehingga aku tidak pernah mengenalinya secara langsung.

tetapi sekarang. jangan cerita. tonton santau, aku dah tutup mukaku dengan purse. nak tengok. tapi tak nak tengok. macam mana tu?

oleh kerana aku seperti bajet berani, kak long emi suruh mengambil stokingnya. di dalam rumah kawannya. aku yang bodoh-bodoh alang itu menurut perintah. tanpa disedari diri diperbodohkan.

masuk-masuk terus kena sergah. HUAHHH!!

terkejut monyet aku. dengan refleksnya, aku terus beredar keluar dari rumah.
melihat kelibat seekor hantu yang berpura-pura menjadi hantu.

cis. cerita dulu. sekurang-kurangnya tiada aku menangisi kekejutan budaya itu.


ketika aku kecil.

hanya dengan berbekalkan rambut sejemput pisang. yang disisir tepi dengan rapi. iras-iras budak lelaki. dapat pula menyorokkan rambutku yang kerinting-kerinting. kadangkala diketawakan oleh cikgu salahuddin.

furze. ya. furze!

furze. kenangan terhebat.

sebab. aku dan zalikha mengorek-ngorek tapak perhimpunan. korek punya korek terjumpa pula kotak pembinaan. terungkap furze di atasnya.

dengan perasaan ingin tahu yang membara. dengan perasaan lagak detektif yang terkemuka.
hehe. yes! ada suatu misi.

balik-balik tatap kamus setebal 10 cm. mungkin terlebih. mungkin terkurang. mencari makna furze itu. maknanya apa ya? err. ada kena mengenalah dengan tumbuh-tumbuhan. dan sekutu-sekutunya.

kerana nostalgia itu. sampai sekarang kami teringat. 

furze. kenangan terhebat.

telefon bimibtku berbunyi. 
ku buka lantas ku baca dari nombor yang tidak dikenali.

"ami! ni num ko kan?
furze"

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: