TUKANG BACA

Jumaat, 14 Januari 2011

MUNGKIN KERANA INI. MUNGKIN JUGA ITU


pernah kau terfikir.
mengapa kau membuat blog?

mungkin terdapat pelbagai jawapan yang diberikan.ya. pelbagai.
kadangkala jawapan itu tidak mampu terfikir dek akal. oleh lain manusia.

namun. ada kalanya. jawapan yang diberikan cukup kreatif. yang membuatkan orang tertawa. 
tetapi. jika difikirkan secara halus, kau akan mengerti mengenai jawapan itu.

aku.
jika ditanya. aku akan menjawab.
entah. sebab. secara umumnya, aku sendiri tidak mengerti.

blog bukanlah dijadikan sebagai diari hidupku.
mengapa?
hal ini terbukti bahawa blog aku bukanlah dijadikan sandaran untuk mempublisitikan hidupku.
oh. lebih senang. hidup aku simple. ringkas. tiada apa yang menarik.

blog juga bukanlah dijadikan sebagai tempat untuk orang mengenali diriku.
mengapa? okey. secara ironinya. 
adakah kau mengenali diriku melalui blog daripada mengenali diriku yang sebenar?

mungkin ada yang menjawab.
sikit-sikit. ya. mungkin.

err. mungkin blog dijadikan sebagai idea dan pendapat untukku berkongsi maklumat.
ya. aku suka mengutarakan idea.aku suka mengutarakan pendapat.
hal ini demikian kerana aku suka fikirkan sesuatu yang kompleks.
dan memeningkan kepalaku sendiri dengan hal remeh. yang hanya dipandang enteng.

oh. mungkin juga aku membuat blog ini kerana mengikut kawan?
ya. atau tidak.
jawapan selamat. mungkin ya. mungkin tidak.
sebenarnya aku pun tidak pasti.

dan juga mungkin kerana hobi?
masuk akal juga ya.
aku suka menulis.dan memikir.
aku juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang penulis.
dan mengutarakan idea yang difikir.

tapi.
aku bukanlah penulis hebat.
aku bukanlah pemikir unggul.
aku cuma seorang yang oh. mungkin biasa sahaja di mata engkau. 
namun. bagiku. aku seorang yang luar biasa. dan ingin menjadi lebih luar biasa.
itu uniknya aku.

jadi. aku membuat blog ini kerana entah.
aku hanya mengikut kata hati sahaja. tanpa sebab dan hanya terhasil akibatnya.

yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: