TUKANG BACA

Isnin, 10 Januari 2011

SANGSI. YA MUNGKIN


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita


tidak tersangka pula gadis sunti yang kecil molek itu bersama baju kurung yang setia menemaninya memenangi anugerah juara lagu.

dan. tidak lagi aku menyangka bahawa lagu yang tidak mesra di halwa telingku itu menjadi juara. err.
hal ini kerana setiap kali lagu itu berkumandang di setiap ceruk radio. dengan tangan yang sedikit gatal. aku telah menukarkan siaran.

sebab apa?

padaku. aku tidak dapat menjiwai setiap bait kata yang dinyanyikan olehnya. mungkin juga intonasi suaranya yang sekejap menaik sekejap menurun. membuatkan aku kurang sedar tentang maksud disebalik bait-bait jiwa yang ditulis itu.

bait-bait yang sukar juga untuk diterjemah pada pandangan kasar.
namun. jika dijiwai satu per satu bait-bait indah itu. engkau akan mendapat maksud yang sebenar.

tentang kemarahan yang dihunuskan apabila kealpaan cuba merasuki jiwa. dan penyesalan sudah tidak bermakna lagi di sini. hanya diharap janganlah diutarakan perpisahan yang mungkin akan disesali.

oleh itu. engkau ingatkanlah aku tentang warna-warna yang telah bermain di setiap perhubungan kita.

Dan juga. tolong ingatkan aku tentang segala kenangan yang dapat mencuit minda. yang boleh membuatkan kita tersedar disebalik kealpaan yang diutarakan.

keep it up ana raffali. walaupun pada mulanya. aku juga sangsi dengan dengan keputusan juri.

kini. tanpa syak wasangka ana raffali layak dinobatkan sebagai juara AJL yang ke-25. dengan lagu yang err. tidak mesra di halwa telinga tetapi meresap sepenuhnya ke dalam jiwa.

*hafiz - gimik yang hebat.
*A.P.I. - mantap.
*FT untuk aziraa - yahh. bila agaknya faizal tahir nak menang AJL?
*zahiril adzim - bukan sahaja seorang pelakon, bahkan seorang penari? Hendak menukar kerjaya? sempoi.

yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: