TUKANG BACA

Khamis, 13 Januari 2011

SEMANGAT

yeah.
secara tiba-tiba semangat membara-bara.
ya. membara-bara. bagai gunung berapi yang membara bersedia untuk memuntahkan lavanya.

oh. sebentar.
adakah selalunya semangat dikaitkan dengan gunung berapi?
secara logik akal mungkin tidak. tetapi bagi bahasa puitisnya mungkin ya.

eh. jangan percaya bulat-bulat.
itu adalah konklusi gaya pemikiranku yang tidak seberapa.

ah. kita tinggalkan sebentar tentang segala macam lava tersebut.
kita cuma perlu memandang dan berjalan ke hadapan. bukan bengkang-bengkok.


okey. sudah-sudahlah mukadimahnya. aku tahu engkau pasti tertanya-tanya. apa kaitannya aku dengan gunung berapi tersebut?

oh. di sini aku ingin jelaskan bahawa aku mempunyai suatu semangat baru. ya. semangat. err. sebenarnya semangat itu dipanggil sebagai semangat untuk mengupdate dan merenovate.


aku mempunyai semangat yang membara-bara untuk mengupdate blog setelah aku merenovatekan ia. dengan membuang sampah-sarap yang buat sakit otak. sakit kepala. dan juga boleh menyebabkan migrain. paling bahaya. barah otak. ya. macam dalam cerita hani.

itu sahaja.
maaf kalau engkau membaca kemengarutan aku ini.

yang benar
amii afandi.

Tiada ulasan: