TUKANG BACA

Ahad, 30 Januari 2011

MENGALIRNYA SEMANGAT TOK JANGGUT

kelantan vs selangor.

dengan terang lagi bersuluh. mestilah dari awal aku sokong kelantan. red warriors.

ini tiada kena mengena dengan si khairul fahmi. bintang pujaan ramai. tapi. ada kena mengena dengan si norshahrul idlan talaha. bintang pujaan aku.

okey. aku bukanlah sekali lagi ingin menjadi pengulas bola sepak di astro arena. oh. bercakap tentang astro arena. aku rasa tukang ulasnya agak merepek. rasanyalah. sampaikan adikku, adli ketawa. dan menjadi pengkritik terhebat si tukang ulas tersebut.

kita biarkan si pengulas itu. kerana aku bukanlah ingin mengulas tentang si tukang ulas itu. sudah menjadi kerjanya. biarkanlah sahaja.

dua puluh dua orang pemain merebut satu bola.
permainan ini cukup kreatif ya?

semestinya permainan bola sepak memerlukan kecekapan. ketangkasan. dan kecekalan hati dan minda. tidak lupa juga semangat juang yang tinggi.

itu yang membuat ramai yang teruja menyaksikan perlawanan ini.

eh. bukan semua permainan juga sebegitu? kecualilah permainan elektronik yang mementingkan diri.

kalau aku. aku lebih suka melihat perlawanan bola sepak tempatan. orang tempatan yang bermain. baru syok. baru rasa semangat membara. baru dapat merasai darah pejuang malaya yang mengalir dalam darah.

walau kau sajikan fernando torres. kau tayangkan david villa. aku tetap mengagumi norshahrul idlan. aku tetap memilih amri yahya.

lagi satu. aku sangat suka penyokong kelantan. aku pun suka juga penyokong indonesia. alah. masa lawan piala AFF suzuki dulu.

sebab. mereka ini penuh semangat pejuang. kalau kalah nak mengamuk. aha. memang orang marah. tetapi. itu akibat daripada semangat kenegerian mereka. yang seboleh-boleh ingin membuatkan negeri mereka peroleh kemenangan.

tapi. kalau cara kotor. janganlah kita ambil sebagai teladan. baling mercun. guna laser. semata-mata ganggu perlawanan.

tidakkah kau fikir itu dibuat oleh orang-orang yang tiada budi pekerti dan semangat juang yang sebenar?
hanya mengambil kesempatan. sengaja menghuru-harakan keadaan.

kalau nak sokong. sokong dengan bersungguh-sungguh. kalau nak menang. bagilah galakan. ni tidak. main sabotaj. itulah orang kita.

eh. drama yang dibuat kadangkala membuat aku teruja ya?
kau pun sama kan.


yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: