TUKANG BACA

Selasa, 1 Februari 2011

ANTARA BERCAKAP DAN PERHATI

oh. kadangkala masa kau diam baru kau tersedar.

lain pula masa kau bising. kau tidak akan sedar apa-apa. mulut pot pet. pot pet.

tapi selalunya apa yang kau ujarkan tidak akan kau sedari. kadang-kadang tidak sedar pun dengan siapa kau berbicara. dan jarang-jarang kau bercakap mengenai perkara dunia.

semestinya ayat ini yang akan kau ujar apabila tidak sedari apa yang telah kau ujarkan."eh. aku ada cakap macam tu ye?"

kalau tak pun."err. aku bukan cerita kat kau ke?"

inilah yang aku kata tak sedar. tak sedar apa yang kau cakap. dan tak sedar dengan siapa kau bercakap. yalah. takkanlah minda kau ini boleh ingat semua perkara?

eh. bukan kau sorang. aku pun sama tau.
lagi-lagilah aku yang dianugerahkan mulut bertih jagung. nak cakap lain. keluarnya lain.

misalnya:

aku tengah bercerita mengenai laptop yang amat bangang kerana selalu terpadam di saat tengah syok melayari.dengan gaya-gaya yang serius. siap dengan tangan-tangan. ala-ala si sukarno berpidato.

"aku rasa aku nak baling je laptop tu. sengal. macam BERUANG KUTUB aku dibuatnya!"

tidak semena-mena aku dihadiahkan ketawa pecah perut oleh fadhilah. aku yang terpinga-pinga turut ketawa. biasalah loading.


"eh. sepatutnya aku sebut CACING KEPANASAN. bukan beruang kutub."


lagi bergemalah gelakan fadhilah itu. err. baru aku sedar kesilapan aku. fikir lain. cakap lain. dah lah beruang kutub itu besar kedabak. cacing kepanasan pula kecil dan kerdil sahaja.

ujar eika. "apa kena mengena beruang kutub dengan cacing kepanasan. beruang kutub sejuk. cacing kepanasan panas."


bila dengar ulasan eika tu. langsunglah nak pecah perut kami ketawa. mahu sampai terguling-guling dibuatnya. ye tak ye gak. tak pernah pun aku terfikir macam tu.

*situasi ini berlaku semasa kami ponteng kelas. di pusat sumber sekolah. nasib baik tidak ditangkap ponteng.

err. okey. cerita sudah habis. kita sambung perbincangan kembali.

cuba kalau kau jadi diam dan perhati. ya. diam dan perhati.

kau akan perasan sesuatu. yang orang lain tidak akan perasan. yang orang lain tidak tahu. mengenai orang yang lain.

aku suka perhati. ya. bila aku tidak buka mulut. masa itu aku suka perhati orang. kalau buka mulut semua sudah tidak peduli. lantak kau lah kau siapa. nak buat apa.

masa sekolah rendah. ada budak kata yang aku ni ada mata pegasus.

siapa yang minat yu gi oh. tahulah pegasus itu siapa. pegasus tu lebih kurang orang yang boleh baca fikiran. macam tu la kot. aku dah tak ingat sangat. tapi aku tahulah yang watak pegasus tu macam mana.

ada orang kata pulak aku layak ambil bidang psikologi. tapi kawan baik aku kata tak.
sebab kadang-kadang aku boleh agak orang ni macam mana.orang ni macam mana. err. kadang-kadang sajalah.

selalunya first impression tidak akan salah. ye tak?

tapi antara diam, perhati dan bercakap. aku lebih suka bercakap. walaupun orang tak suka bila aku mula bercakap.

ya. rasanya aku lebih gembira bila bercakap. dan aku rasa teruk bila bagi first impression dekat orang. kadang-kadang perkara ini boleh membataskan pergaulan aku.

oh. peringatan. kalau kau bercakap dengan aku. dan perkataan-perkataan yang pelik dan kelakar terkeluar. tolong hiraukan.

err. lagi satu. aku agak gagap.


yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: