TUKANG BACA

Jumaat, 4 Februari 2011

CORAK BATIK TERHASIL. AKIBAT JALINAN TAMPAK

dari sekolah dulu aku suka sangat bermain kuiz personaliti.

oh. sebab kuiz personaliti jugalah aku suka ponteng kelas. err. ye ke? okey. aku bohong. sebenarnya. apabila aku malas nak masuk kelas. aku masuk bilik kaunseling.

"cikgu. ada kuiz tak?"
biasalah tu. sambil menyelam minum air.

yang syoknya.. cikgu zawiyah siap bagi borang pelepasan kelas. kerana ada sesi kaunseling. jadi. aku bukanlah ponteng. ya tak?

aku rasa cikgu-cikgu kaunseling tu pun naik bosan. sebab. bila aku masuk bilik itu. aku akan bertanya, "cikgu. ada kuiz tak?"


alah. perkara biasalah tu. bagi seorang aku. budak gila kuiz personaliti. bukan kenal erti jemu.

okey. disini aku coretkanlah jawapan yang aku dapat ya. tentang rahsia personaliti aku.

personaliti dan binatang dedah rahsia.

April 15-26 ~ Tikus


kamu ini memang penuh dengan muslihat. Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. 
ulasan : entah.

ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. 
ulasan : err. aku tak banyak kawan. tapi. bila mereka mula kawan dengan aku. mereka rasa seronok kot. err. kot sajalah. agak-agak kau suka kawan dengan aku tak?

memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu,.
ulasan : ye ke?

tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. 
ulasan : ya. aku dapat merasai aura sesetengah orang yang takut cakap dengan aku. cakap pun lembut-lembut sahaja.   biasalah. lembut gigi daripada lidah.

sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum.
ulasan : betullah tu. jadi. jangan sesekali jerit-jerit kat aku.

Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
ulasan : macam mana cara nak kawal emosi?


April

sangat aktif dan dinamik. 
agresif.
ulasan : dari segi fizikal. err. aku tak aktif. kalau agresif. ya lah. kot.

cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
ulasan : cit. aku tahulah. tapi menyesal ke? tak rasa menyesal pun. oh. kalau rasa menyesal sikit-sikit tu adalah juga.


sangat menarik dan pandai manjakan diri.
ulasan : menarik kebendanya?

punya daya mental yg sangat kuat. kuat daya ingatan
ulasan : tapi mempunyai pengaruh emosi yang kuat juga. 

suka diberi perhatian.
ulasan : ahaha.

sgt diplomatik (pandai memujuk ). suka adventure.
ulasan : eh. taklah.

berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain.
ulasan : menyelesaikan masalah orang reti. tapi mengenalpasti masalah sendiri pun tak reti. eh. aku ada masalah ke?

sangat berani dan tiada perasaan takut.
ulasan : ya. tapi kalau nak menegakkan pendirian akulah. sampaikan ayah zalikha bilang yang aku ni kalau berperang patut diletakkan di bahagian hadapan. err. tapi kalau suruh berdepan dengan orang. suruh belikan itu. belikan ini. tanyakan itu. tanyakan ini. keyakinan diri aku sangat kurang.

pengasih. penyayang. sopan santun dan pemurah,.
ulasan : err. jauh panggang daripada api. pemurah je la kot. amboi. masuk bakul angkat sendiri.

emosi cepat terusik. 
ulasan : tengok cerita hindustan selalu menangis. eh. cerita indon pun. err. cerita melayu pun la. jadi kalau nak tengok wayang dengan aku cerita sedih. bawa tisu ya. oh ya. baca komik naruto pun aku boleh menangis. itu masa jiraiya mati lah.

kecenderungan bersifat dendam.
ulasan : tepat sangatlah. sebab aku ni hati batu. kau tahu hati batu?

kelam kabut utk membuat keputusan.
ulasan : sentiasa kelam kabut. kadang-kadang tak tahu nak buat keputusan.

gerak hati yg sangat kuat.
ulasan : ya. selalunya firasat aku betul. tetapi pernah juga tergelincir apabila aku cuba memberi peluang.

berpenyakit disekitar kepala dan dada.
ulasan : selalu sakit kepala. migrain agaknya.

sgt cemburu dan terlalu cemburu.
ulasan : tak nak bagitahu.


1+5+4+1+9+9+3=5 

Mereka adalah perintis. 

Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. 
ulasan : aku sentiasa ingin tahu. sentiasa bersemangat. tapi tak adalah waja sangat.

Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. 
ulasan : ya. tepat sekali. aku selalu mengamuk bila dikongkong.

Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. 
ulasan : kadang-kadang aku belajar bukanlah berpandukan buku. ada kalanya daripada pemerhatian orang sekeliling. aku cepat dipengaruhi dengan apa yang mereka lakukan.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. 
ulasan : err. okey. nasihat diterima.


okey. sudah. panjang lebarnya tentang diri aku.


oh. kalau kau nak tahu tentang diri kau. mainlah kuiz personaliti. 


yang benar.
amii afandi.

Tiada ulasan: