TUKANG BACA

Isnin, 21 Februari 2011

BUAT-BUAT YA

err. apa ya?

ada kalanya mereka yang pandai itu benar-benar pandai. namun. ada kalanya. mereka yang pandai itu. sekadar buat-buat pandai.

ada kalanya mereka yang lembab itu benar-benar lembab. namun. ada kalanya. mereka yang lembab itu sekadar buat-buat lembab.

jadi. tolong jangan tertipu.
sebab apa ya ada yang sekadar buat-buat?

jawapan paling simple. untuk kebahagiaan diri. untuk ketenangan diri. dan juga untuk mengembalikan keyakinan diri.

ya. kenapa? tak percaya?

mereka yang buat-buat pandai sebenarnya ingin mencari kebahagiaan diri. begitu juga mereka yang buat-buat lembab. faham?

apahal la nak buat-buat lembab pula kan? gila ke apa. semua orang nak jadi pandai. dia nak jadi lembab. hairan-hairan.

dengar sini ya. orang yang buat-buat pandai selalu merasakan kalau mereka pandai. bijak. mereka akan disanjung. sekaligus dapat berkawan dengan orang-orang yang bijak pandai. ya lah. kadang-kadang orang yang pandai ni kan famous di sekolah?

orang yang buat-buat lembab pula kerana mereka penat untuk menjadi orang pandai. mereka rasa pergaulan mereka terbatas. tidak dapat berkawan dengan sesiapa yang mereka suka. dan merasakan setiap mereka yang ingin berkawan dengannya seperti ada udang di sebalik batu. 

adilkah dunia ini?
adilkah dunia yang sentiasa terdapat perbezaan jurang antara manusia?

cit.

adakah manusia yang kaya harus berkawan dengan orang kaya?
adakah manusia yang pandai harus berkawan dengan orang pandai?
adakah manusia yang baik harus berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja?

tepuk dada tanya selera. 
dunia ini sebenarnya adil. namun. manusialah yang selalu menyalahkan dunia. kasihan sungguh dunia!

kadang-kadang hidup kita ini penuh kepura-puraan. sampaikan kita sudah tidak pasti mana satu benar. dan mana satu bohong. dan. kita pun tidak pasti sama ada. kita jadi diri kita. atau hanya berpura-pura.

kau mana satu. adakah kau juga hanya berbuat-buat?


yang benar,
amii afandi.

2 ulasan:

Zalikha berkata...

hmmm...takde butang like la plak.
kite setuju ngan ko.dunia ni nampak mcm tak adil sebab:

1.dunia ni kenapa ada yang miskin dan ada yang kaya?nape takleh semua kaya?

2.nape kat dunia ni ada yang cantik n ada yang hodoh.dan yang cantik selalu dapat layanan yang berbeza

sebenarnye kerana ada perbezaan la dunia ni balance.adil tu tak semestinya bermaksud sama rata.adil tu maksudnye meletakkan sesuatu pada tempatnye.dan kalau kite miskin tak selamanya kite miskin sbb hidup ni roda.kalau tak cntik pon mesti kite ada daya penarik :)

haish...tak reti nak type pendek2 cam ko.mesti jadi pjg juge...

so my point is: sit back,relax and enjoy your present life.
takde point nak sedih2 kalau ada byk bnda yg mrnggembirakan,kan?pandai2 la cari ne!

amii afandi berkata...

aha. yup. aku pun setuju dengan kau.

kadang-kadang kaya ke. cantik ke. pandai ke. keistimewaan apa yang kita ada tidak menjamin kebahagiaan kita. kegembiraan kita.

kadang-kadang orang terlepas pandang. dan hanya melihat dari luaran sahaja. dan menyanjungi apa yang mereka lihat.

tak sedih la oii. aku gembira je dengan hidup aku.;D