TUKANG BACA

Isnin, 7 Februari 2011

PAHIT. PEDIH. JANGAN DIBILANG RASANYA BERLAINAN


bukan apa. aku tahu kau buntu.

bukan kau sahaja buntu. kau. kau. dan seorang lagi kau pasti buntu. oh. aku juga buntu. senang cerita kita semua buntu.

bila ada masalah. kita buntu. hilang semangat. hilang wawasan.
bila timbulnya masalah. kita hilang arah. rasa gelisah. serasa seperti segalanya serba tak kena.

bukan kau sorang. aku pun. dan bukan kau dan aku sahaja. semua orang pun.

pahit. bukan sepahit kopi. namun lebih pahit daripada itu. pedih. bukan pedih tatkala dihiris sembilu. malah lebih pedih dari itu. 

akibatnya. segala-galanya hilang ditiup bayu. apabila dibiarkan. dibiarkan bercambah dan bercambah sehingga membiarkan kehilangan jati diri.

cuma. yang perlu kau lakukan ialah ikut sahaja masalah itu. ikut arusnya. ikut menjaga tepi kainnya. ikut sahaja.

kalau kau ikut. kau boleh selesaikan masalah kau. tapi kalau kau membiarkan. kau tak dapat mengenal pasti masalah kau. dan kau akan sentiasa gelisah.

cit. cakap orang. yang aku ni tak sedar. suka membiarkan masalah. ehh? aku ada masalah ke?

sebenarnya aku pun tak tahu aku ada masalah. namun kadangkala orang perasan bahawa aku bermasalah. dan agak suka mendatangkan masalah.

corak jalinan kehidupan yang dihasilkan bagi setiap insan adalah berlainan. jalinan tampak yang terhasil adalah berbeza. lain coraknya. lain warnanya. lain permasalahannya. namun. jalinan sentuh yang terhasil adalah serupa. sama pedihnya. sama pahitnya. 

tiada siapapun yang ketinggalan merasai pahit dan pedihnya itu. tiada terlebih. tiada terkurang.

hidup kau. dan kau. serta seorang kau yang lain adalah sama rencahnya. aku juga tidak ketinggalan.

kadangkala kau dekat atas. aku dekat bawah. namun. seketika kemudian. aku dekat atas. kau dekat bawah. setiap mereka punyai zaman kegemilangan. punyai zaman kejatuhan. 

tak percaya?
lihat sahaja kerajaan kota melaka suatu ketika dahulu.

tak percaya?
lihat sahajalah mawi. nabil dan seangkatan dengannya.

dan jangan sesekali cuba berteriak.


"kau tak faham apa yang aku rasa."

"kau cakap senanglah. bukan kau yang kena."

"kau tetap bertuah daripada aku."

hey. sudah-sudahlah. aku menyampah dengar semua ini. semua orang sama. namun. yang menjadikan mereka berbeza ialah cara mereka mengendalikan masalah. jangan pernah kata yang kau. kau. dan seorang lagi kau. jua aku tidak mengerti rasa pahitnya dalam menempuh permasalahan.

yang benar,
amii afandi.

Tiada ulasan: