TUKANG BACA

Ahad, 27 Februari 2011

KASIH ADIK





Adik menangis lagi. Kali ini meraung-raung. Tidak berlagu seperti biasa. Agaknya kali ini adik kurang sabar. Ya. Kurang sabar dengan karenah abah. Abah seringkali  menjadi batu penghalang antara adik dan comot.  Bagi adik, comot itu segala-galanya. Bila makan teringat comot.  Bila mandi terkenang comot. Apatah lagi apabila adik sedang tidur. Terngingau-ingau tentang si comot itu. Sesungguhnya, adik amat menyayangi comot.

Adik hentak-hentak kakinya kemudian berlalu ke bilik. Dum! Daun pintu terus dihempasnya. Bisa mendesingkan telinga. Adik meraung-raung. Menjerit-jerit. Barangkali adik turut  membaling barang yang ada di dalam biliknya. Sakit sungguh hati adik apabila abah menghalau comot. Puas adik berdegil tidak mahu melepaskan comot. Namun, adik disebat oleh abah dengan tali pinggang kulit. Terasa sakit yang amat. Abang yang melihatnya pun sayu kerana adik diperlakukan sebegitu.  Hati adik seribu lagi sakit apabila terpaksa berpisah dengan comot tersayang.

Abah mengerut dahinya. Tidak senang halwa telinganya mendengar jeritan adik. Lantas abah bangun. Cuba membuka pintu. Ah, kunci pula. Adik memang nahas kali ini. Abah mula menyinga. Daun pintu itu abah tendang sehingga kopak. Abang di tepi mula gigil ketakutan. Apa lagi adik disebatlah. Rasanya abah tetap tidak puas walaupun adik disebat beratus-ratus kali itu. Abah pantang kalau tiada siapa yang tidak mendengar cakapnya. Sama keras kepala macam adik. 

Adik berlari. Terus keluar rumah. Agaknya sudah tidak betah duduk di rumah yang baginya semacam neraka. Emak memandang tidak berperasaan. Ah, adik memang begitu. Keras kepala yang amat. Sudah pula hatinya semacam batu. Semacam tiada kasih sayang terhadap abah, emak, kakak dan juga abang. Kadang-kadang adik bukan peduli dengan kewujudan mereka. Barangkali sebab itu abah sangat bencikan comot. Sebab semua kasih sayang adik tertumpah pada comot.

Kakak pula tersenyum puas. Comot yang seringkali dipandang jijik itu sudah tidak dapat meninggalkan jejaknya di rumah ini. Adik pasti tidak akan berani bawa pulang si comot durjana itu. Hanya abang sahaja yang merenung sayu.  Abang tahu sebenarnya adik bukan keras begitu. Sebab abahlah adik menjadi seorang pemberontak. Abah dan emak selalu membeza-bezakan adik dengan abang dan kakak. Adik tidaklah seberapa pandai macam kakak. Macam abang. Adik ada sedikit lembab. Kakak pula selalu menunjal-nunjal kepala adik. Menghina-hina adik. Sebab itu adik tidak menunjukkan kasih sayang. Cuma comot sahajalah sepenuh kasih sayang adik tertumpah.

Bising tiba-tiba. Abah mengintai ke luar rumah. Kelihatan Pak Yaakob dan Pak Saleh menuju ke abah. Mereka termengah-mengah. ”Mid, anak kau. Anak kau kena langgar.”

Abah cemas. Abah segera mengikuti Pak Yaakob dan Pak saleh itu. Disusuli pula dengan emak, abang dan kakak. Adik kena langgar? Mengucap abang dalam hati. Janganlah ada apa-apa yang berlaku pada adik. Abang sayang adik!

Kelihatan orang ramai sedang berkerumun. Di celah-celah oleh abah dan emak. Tidak ketinggalan abang. Kakak hanya diam. Melihat seolah-olah tidak berperasaan. Adik! Abang menggigil. Adik dicalit dengan darah merah. Penuh! Di muka. Di badan. Di seluruh tubuh adik. Darah merah itu memang tidak pernah kasihankan adik. Rasanya dunia ini pun tidak pernah kasihankan adik.

Abah terkesima. Emak hilang kata-kata. Hanya melihat nyawa adik diragut begitu sahaja. Seketika kemudian. Abah menggeletar. Kedengaran sendu-sedan emak. Kakak yang dari jauh melihat mula menutup mulutnya. Mula menitiskan manik-manik lutsinar. Pak saleh mengesahkan adik sudah tiada. Denyutan nadi adik sudah tidak memainkan peranannya. Adik sudah kaku. Abang lihat wajah adik tersenyum. Mungkin gembira kerana tidak payah lagi merempuh dunia hitam.

Meow. Meow.

Abang mengesatkan air matanya. Lalu menoleh ke arah comot. Sisa-sisa darah adik turut melekat di tubuh comot. Kini abang mengerti. Comotlah yang meragut nyawa adik. Kerana ingin menyelamatkan comot, adik memisahkan nyawanya dari badan. Kerana comot, adik sudah pergi! Semuanya kerana comot!

4 ulasan:

Zalikha berkata...

Amii...watak kakak tu mcm kite je =_= ehehe
anyway,serius teringat lagu hatsune okumura yg kite hantar link kat ko tu.ehehehe.teringat nishikawa hide yg berlumuran darah

anyway...nape tak happy ending!!! >_<,,
kite ingat adik tu dah besar jadi zoologist.rupe2nye mati...sob sob sob

L.I berkata...

ko buatkan aku ingat pasal kucing aku laa....

amii afandi berkata...

zalikha : watak kakak tu macam kau? aku ingat kejam macam aku.wahaha.

aku tak reti nak buat happy ending. kau ingat adik ni fateh ke? siap jadi zoologist segala. ahaha.

amii afandi berkata...

syafiq : sebenarnya kan. aku anti kucing. tp sebab rasa bersalah aku kat kucing yang aku anti, aku buat cerita ni.