TUKANG BACA

Isnin, 28 Februari 2011

MARI-MARI. RAMAI-RAMAI LAKUKAN TRANSFORMASI


salam pagi isnin.

lihat baik-baik. buka hati. buka minda. 
'seringkali ada yang membuat tindakan tanpa berfikir dahulu. namun ada yang banyak berfikir tapi tidak melakukan sebarang tindakan.'

kenapa. kau nak bantah? bantahlah. itu hak kau.

tapi sebelum kau bantah membuta-tuli. aku nak kau fikir sedalam-dalamnya. kerana sekarang kau sedang melakukan pekerjaan yang aku kira. erm. membuat tindakan tanpa berfikir dahulu.

kalau kau dah fikir masak-masak. dipersilakan.

eh. jangan hanya reti berfikir je. mari utarakan bantahan kau. idea kau. mari-mari. nanti aku kira kau hanya banyak berfikir namun tiada tindakan.

mahu aku label kau sebegitu?

mari aku lanjutkan perbicaraan. sebelum tu. cuba kau fikir berapa banyak kau bertindak tanpa berfikir? jujur. kalau aku memang banyak.

sebabnya. kita terlalu mengikut kata hati. perasaan. rasanya macam kita sahaja yang berhak marah. kita sahaja yang rasa tak puas hati. memang tak agak-agaklah nak buat itu. nak buat ini. yalah. hak kita. suka hati kitalah. yang menanggungnya kelak jua kita. orang lain tak susah. cuma mengingatkan sahaja.

selepas tu. mulalah rasa sesal tak sudah. "menyesal aku tak ikut cakap kau."

cit. pergi terjun lombonglah kau ni. dah buat baru nak menyesal.

jangan main-main. orang tua-tua dulu lagi cerdik dari kita. walaupun kita memang maju habislah. sebab ada pepatah 'ikut hati mati. ikut rasa badan binasa.' 

ini lagi satu hal. ada orang memang hebat berfikir. otak. pergghh. geligalah. tapi satu saja yang slack. malas melakukan tindakan. malas pula menguarakan apa yang telah difikirkan. semua malaslah. berfikir saja yang rajin.

sebab tu la orang kata. 'dalam banyak-banyak penyakit. penyakit malaslah yang tidak boleh diubati.' 

so. ada telinga mendengar. ada mata melihat. ada hidung bernafas. ada mulut bercakap. ada otak berfikir.
sama-samalah kita berfikir. dan menggunakan anugerah yang dikurniakan ke jalan yang benar.

dah tahu tu. bertindaklah.
kalau bukan kita yang bertindak. siapa lagi?

2 ulasan:

L.I berkata...

betul tu ramai orang suke berfikir kat meja bulat....bermesyuarat macam orang gila nak selamatkan palestin....tapi lepas mesyuarat tu haram suma lupa lepas makan steambot...otak dah stuck ngan barang2 nafsu..memang r macam tu...marah betul aku ni

amii afandi berkata...

yang tu aku setuju.cakap nak gempak je tapi habuk pun tak ada.