TUKANG BACA

Isnin, 7 Mac 2011

KISAH DI PERHENTIAN BAS

hai.
kau nak tau. baru-baru ni aku keluar dengan geng gosip isu semasa aku yang tersayang.

masa nak pulang. kami doklah tunggu kat perhentian bas depan IOI mall yang tersergam indah. ni satu hal. benda ini sering  menjadi  isu yang bagi aku tak usahlah diperkatakan. dah bosan kot. lagi-lagi bagi pengguna pengangkutan awam.

kau bayangkan. nak naik bas dari IOI ke pusat bandar puchong (kalau naik kereta lima belas minit dah sampai) punyalah susah. biasanya kalau naik bas.  kami akan tunggu selama setengah jam pun tak sampai-sampai. paling teruk. kami pernah tunggu dari pukul 4.30 petang sampailah 6.30 petang. akibat kelembaban bas yang sebuah itu. kami terpaksalah jalan kaki.

okeylah. tu bukanlah isu yang aku ingin utarakan. sebab pada hari itu. perjalanan berada dalam keadaan lancar dan terkawal. 

yang aku ingin kongsikan di sini adalah mengenai manusiawi yang dok bersama-sama menunggu di perhentian bas depan IOI mall.

***********************************************
dari jauh aku dah usya-usya perhentian bas sambil dengan selambanya menghirup float A&W milik fadhilah. 
tatkala terdetik di hati, 'aduh! bus stop penuh la pulak. ini yang tak berkenan ni.'

bapaklah ramai yang menunggu di situ. nak tak nak kami pergi je la. lepas itu cari tempat untuk berdiri. nasib baik cuaca pun redup dan tidaklah membahang di tengah hari buta itu.

macam-macam gelagat. macam-macam kisah. yang dapat diperhatikan. namun yang mencuit hati aku adalah:

satu :
dalam celah samar-samar kelihatan sepasang couple yang sedang berdiri. mula-mula aku kerut dahilah juga. tapi apa yang nak dipelikkan.couple-couple berpeleseran sudah menjadi perkara biasa bukan?

bukan itu yang mencuit hatiku untuk terus mengintai. dan mengintai. rasa macam ada yang tak kena. tapi apa ya? setelah dok syok intai-intai. si fadhilah tukang pembuka cerita berkata, "apasal dua-dua singkat?"

aku memandang. hairan. apa yang singkat? pandanganku menembusi fadhilah yang tersenyum-senyum. dan matanya dok sama mengusya couple tersebut.

bila dia dok usya, aku pun ikut usya la. terus tergamam. alamak. baru perasanlah. asal dua-dua singkat?

fadhilah pandang aku. aku pandang fadhilah. terus tawa tercetus. eika yang faham turut tertawa. cuma zalikha je yang terkebil-kebil. pelik.

nak tahu kenapa kami ketawa?
perempuan itu memakai skirt yang singkat.dan lelaki itu juga memakai seluar yang singkat. semata-mata biar selari kesingkatannya dengan perempuan itu.

tu tak pelik. yang menimbulkan geli hati ialah baju mereka berwarna putih. seluar dan skirt pula berwarna biru. err. biru apa ya. alah biru jeans tu. biasalah. sehati sejiwalah katakan.

yang lelaki tu siap pakai kemeja putih dan dibuntangkan sampai atas. pakai baju sekolah agaknya. 
tapi betul-betul nampak macam budak sekolah zaman-zaman tok kaduk dulu. yang pakai seluar tinggi-tinggi dan pendek.

ujar fadhilah lagi. "agak-agak dulu seluar dia fesyen yang koyak rabak tu kot. so. dia nak lah tukar fesyen. diguntingnya pula sampai menjadi senteng."

oleh itu. kami menggelarnya fesyen banjir. tapi aku rasa banjir pun tidaklah sesenteng itu.

apa-apa pun aku nak kata. old school fashion yang couple tu pakai lawa dan berseni. walaupun digelar fesyen banjir.

senteng macam polis-polis ni adalah juga. tapi lagi senteng la. dah tak serupa fesyen banjir.

dua :
zalikha berbisik kepadaku, "kau tengok sana. orang lelaki pakai baju putih tu. dia macam ada mental problem. sebab tadi masa dia jalan aku dengar dia sumpah seranah."

aku perhati. nampak macam biasa je.
aku perhati lagi buat kali kedua. eh, ada macam tak kena dengan lelaki itu.
dia ulang alik. ulang alik. jalan sana. jalan sini.

tiba-tiba dia macam meluru jalan di hadapan kami. dia macam marah gila. dan menendang-nendang batu dihadapannya. aku dan zalikha dah ngeri. tak pasal-pasal dia meluru ke tepi kami. aku dengan zalikha dah lari. yang budak dua ekor lagi tu boleh je buat dek.

dengan marah lelaki tu lantas menghisap rokok. di tepi si fadhilah pula tu. yang aku tak faham fadhilah ni pula boleh buat cool? dok rileks tanpa menggelabahlah. 

"fadhilah. saya tabik spring kat awak!"

semakin manusia mengejar kemajuan. semakin itulah manusia menjadi pemarah. dan semakin meningkatlah tahap permasalahan mental yang dihadapi.


********************************************
kau tak rasa ke manusia ini banyak karenah? manusia memang kompleks. dan itulah yang membuatkan kita istimewa dari lain makhluk. namun. kadangkala keistimewaan kita ini disalahgunakan oleh kita sendiri.

Allah bagi akal. jadi. gunalah dengan sebaik-baiknya.
oppssttt. nasihat ini bukan sahaja untuk kau. malah untuk aku juga. sebab aku pun seringkali alpa kepada-Nya.

oh ya? kau tak rasa ke orang sentiasa buat cerita mengenai kau. sebagaimana yang telah aku lakukan kepada ketiga-tiga makhluk ini?

so. berhati-hatilah ya. orang di sekeliling kau. sentiasa mengata.
cit. aku mengata orang. tapi aku rasa orang tu pun mengata aku balik. minta maaflah wahai si mangsa mengata.

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

L.I berkata...

hak3....
kesian kat orang gila tu....
yg korang lari tu apesal.....
kesian dia sorang2....

amii afandi berkata...

dah memang seram tahap mat lampir.
tak pasal-pasal dia lenyek kitaorang buat lempeng kan susah.

L.I berkata...

hak3....
lempeng sodap juga...

Zalikha berkata...

betul tu.kitorang ni muda lagi..dah jadi lempeng..aahahaha

ami...sedihnya lagu ko ni...

amii afandi berkata...

tak nak aku jadi lempeng.hahaha.

amii afandi berkata...

zalikha:sedih ke?hahaa. barulah tangkap leleh.