TUKANG BACA

Sabtu, 5 Mac 2011

LAIN KE ROMANTIS DENGAN JIWANG?


salam.

err. macam ne nak mula?
hah. aku teruskan sajalah perkara yang bermain di benakku ni lah ya.

kau rasa kau ni romantik ke jiwang?

eh. jangan kau confuse pula romantik dengan jiwang ni. sebab. bagi aku kedua itu adalah sesuatu yang berbeza.

tu kalau mengikut pemahaman kepala otak aku yang tidak seberapa brilliantlah. kalau ikut kepala otak kau yang sememangnya brilliant aku tak tau pula.

bagi akulah. romantik itu adalah perlakuan. perlakuan di mana seseorang itu amat mengambil berat dengan pasangannya. jaga bagai menatang minyak yang penuh. caring semacam la kiranya.

oh ya. si romantis ini penuh dengan rasa cemburu kot. kot-kot sahajalah. serasa aku.
tapi aku dengar. ramai dalam kalangan sang romantis ini casanova? ehh. ya ke?

jiwang pula lebih tertumpu kepada sesuatu perasaan. perasaan yang sentiasa meruntun jiwa.

si jiwang ini suka akan benda-benda yang romantis. seperti yang kau semua maklumlah. mereka yang jiwang ni kan suka tangkap leleh. dengar lagu yang mendayu-dayu. tengok cerita yang bisa meruntunkan jiwa. baca pula novel-novel cinta.

tapi. tak semestinya si jiwang akan menjadi si romantis.

aku rasalah. mereka yang jiwang-jiwang ini tak tahu untuk memanjakan. tetapi suka untuk dimanjai.

jadi. kau rasa kau romantis ke jiwang?
haih. susah juga ya nak bezakan dua perkara yang saling berkaitan.

yang benar.
amii afandi.

11 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

aku rasa ko ni......
jiwang campur romantik r....

amii afandi berkata...

pertama kali aku dengar orang kata yang aku ni romantik.

tapi banyak kali aku dengar orang kata aku ni jiwang.

NaRuFiQ berkata...

aku org pertama ke??
hak3....
ko ni ade elemen2 yg bakal membuat ko terjebak dalam ruang romantik ni...

amii afandi berkata...

wah-wahhh.
kau membuatkan aku teruja.
apa elemen2 romantik yang kau nampak dalam diri aku?

Zalikha berkata...

ami..kite rasa mcm dah faham blog ko yg ni...semalam kite fikir sebelum tidur n teringat definisi jiwang tu jiwa yg sepi...kiranya betul la tak semestinya org jiwang tu romantik kalau fikir dari sudut definisi lawak kat atas.hahahaha...

narufiq,tu soalan cepu emas tu.jawab la.ehehehe

anyway ami,muka ko mcm heliza la.kalau fadilah plak mcm ainul aishah.hahaha...kawan2 ku artis ^_^

amii afandi berkata...

jiwang itu jiwa yang sepi.
wah~tu la. bagi aku dua elemen itu tidak sama la.

aku dah tanya si narufiq tu. tapi dia kata rahsia. tulah sebab aku nak baling dia kat loji.

haha. aku tgk tak sama pun dengan heliza tu. mata je kot. kalau fadhilah sama gila dengan ainul aisyah!

amii afandi berkata...

oh ya zalikha. tambahan : kau pun cam arits. alice. pheewwiitt~

Zalikha berkata...

hahahaha ami.ko nampak optocal illusion tu.kite tengok tak sama pun

amii afandi berkata...

hahaha. tak kira gak.
sama!

NaRuFiQ berkata...

hak3....ado r...
nanti ko tahu gak...

Zalikha berkata...

syafiq si lelaki misteri =_= cis