TUKANG BACA

Isnin, 21 Mac 2011

PERAGU NASIB PEMBERI KEPERCAYAAN

selamat hari isnin.
fuhh. nasib baik aku masih teringat hari ini hari apa.

heh. aku nak kau buka mata. tutupkan telinga.
fokus. fokus.

ehem.mari dulu dengar cerita aku ni:

ada seorang pelajar lelaki. masa dekat kolej dialah yang paling famous. berkaliber.  selalu dapat anugerah sana sini. memang pelajar toplah kira.

tapi. selepas tamat kolej. dia susah nak dapat kontrak kerja. sebagai arkitek. setiap kali dia nak pergi runding kerja. dia mesti ada masalah. kereta tak hidup. teksi tak nak berhenti. terpaksalah dia ni berlari-lari kencang.

berlari. berlari. dengan harapan nasib masih menyebelahinya.

namun. lama kelamaan. dia mula sedar. nasib sememangnya tidak pernah mengasihinya. malah. tidak pernah sekalipun nasib itu kasihan padanya. dan. makin lama. dia makin berputus asa.

tiba-tiba muncul seorang perempuan. mulanya. dia selalu berperang dengan perempuan itu.
tapi. tiap kali ada perempuan itu. barulah nasibnya seolah-olah menjadi lebih baik.

ada suatu peristiwa. kad dia dicampakkan oleh perempuan itu. dan terjatuh pada seseorang yang entah siapa-siapa. secara tiba-tiba dia dapat offer kerja.

akhirnya. barulah dia sedar. perempuan itu telah membawa tuah kepadanya. dan. dia menggunakan kesempatan itu. untuk mengubah nasibnya yang agak malang. dengan mendekati perempuan itu.

ehem. cerita dah tamat. sambungannya malas aku nak cerita. oh ya. cerita di atas adalah sinopsis daripada cerita hindustan. yang pernah aku tonton. di saluran astro 108.

okeylah. fuh. aku nak tanya. kau pernah mengalami sebagaimana yang dialami oleh.sang lelaki ini? menyandarkan sesuatu sebagai pembaiki nasib. err. yang kau rasakan amat malang.

tapi. ada masanya kau akan merasakan nasib kita sangat bertuah. apabila rasa mula bertuah tu mulalah fikir.

"baju ni bertuah kot. sebab masa aku pakai baju ni. aku rasa hari aku sangat bertuah!"

kalau tak tu pun.

"nombor ni memang nombor kesukaan aku. sebab. aku rasa nombor ni bertuahlah buat aku."

wah. dah jadi macam cabutan bertuah pula.

kenapa hah?
kau. kau dan mungkin juga aku. menyandarkan sesuatu yang bukan hidup sebagai suatu barangan yang bertuah?

sampaikan ada orang yang sanggup menilik nasib. hush. berdosa tu!

kau nak tau sebab apa? mari aku bagitau kau.

semua ini berlaku kerana kepercayaan yang diberikan untuk diri kita sendiri sememangnya lemah! kau memang seseorang yang tak percaya diri. yang mempunyai keyakinan diri yang amat tipis.

oh. aku memang selalu tak yakin pada diri. bukan hanya kau.
dan. dengan senangnya kau memberikan kepercayaan. yang sepatutnya menjadi hak milik kau sendiri kepada barangan yang langsung tidak bernyawa. yang pegun. memang sangat tidak logik dek akal.

bagi sesiapa yang pernah berfikir sebegitu. banyak-banyakkanlah beristighfar. sebab. yang menentukan qada dan qadar kita cumalah Allah.

cuma yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan bertawakal pada-Nya.
janganlah mempertikaikan nasib kita pada hari semalam. hari ini. dan juga hari esok.

yang benar.
amii afandi.

4 ulasan:

Arpiiz berkata...

ingatkan cerita reka sendiri..hehe

kesemua nasib itu sudah ditentukan, hanya doa sahaja yang mampu mengubahnya..

amii afandi berkata...

hehh. saya tak reti untuk mereka cerita. hehehehe.

betul.saya sokong:D

Zalikha berkata...

ohohoho amii...kedewasaan..ehehe

sekali baca terdetik kat hati:ni mesti sbb esok nak amik result! ahahaha

tapi smart la benda ni.betul tu kata ko.benda2 ni semua psikologi manusia je.dan fitrah manusia.memerlukan sesuatu sebagai sandaran utk meneruskan hidup.sebagai tempat utk berharap dan memohon pertolongan.no wonder Allah bagi kite Islam yg sentiasa parallel dgn fitrah manusia.everything comes from your head.that's the basis of LAW OF ATTRACTION...

amii,kite masih lagi tak dapat bayangkan kalau ko dah dewasa jadi mcm mana.ehehehe

teruskan berblogging!!!! blog ko ni kira mcm honey stars utk otak kite!!! ganbatte ganbatte encik deposit!!!!

amii afandi berkata...

hahahaaa. thanks untuk comment kau. eceh eceh.

wahai incik manis.
senanya aku tulis ni pun bukan sebab esok nak ambil result. aku tulis ni masa aku tengah nak ambil test jpj.

baru perasan ada kena mengena dengan result. hahaha.

aku pun tak dapat bayangkan bagaimana aku dewasa nanti. hehe.