TUKANG BACA

Selasa, 5 April 2011

ADIK DAN KAKAK BISNES ONLINE

assalamualaikum.

adik bongsu aku. ahmad abqari. memang seorang yang kreatif.

dulu. masa dia kecil-kecil. dia sudah pandai bermain dengan water colour.
kemas. tak comot. memang teliti cara dia berkarya.

dulu. dia tak main permainan budak-budak. mungkin sebab mak aku tak pernah beli kot. ataupun sememangnya dia tiada nafsu untuk bermain permainan itu.
dia hanya duduk menikus. senyap. dan melukis. serta berimaginasi sendiri.

dulu. dia agak sopan dan baik orangnya. selalu pula dipanggil "dol" (singkatan daripada 'bergondol') kerana kepalanya asyik-asyik licin berkilat.

itu sebelum dia masuk sekolah. sekarang. dia agak nakal dan err. mengada-ngada. mentang-mentang berpangkat bongsu. cit. dia juga mula banyak bercakap. membebel. mungkin tahap kesosialannya meningkat bila besar.

tapi kekreatifannya belum hilang lagi. semakin lama. semakin mantap. sudah pandai pula membuat perangkap.
err. aku selalu mengertawakan perangkap-perangkap yang dibuat olehnya. haha.

aku ni betul-betul boleh menjatuhkan tahap kekreatifan adik aku itu.

adik aku itu sekejap bercita-cita nak jadi askar. siap beli baju macam askar. yang bercorak-corak abstrak. (err. baju askar tu abstrak ke?) sesuailah tu dengan rambutnya yang bergondol.

apabila dah lama-lama sedikit. mungkin dia sudah bosan kot dengan askar. jadi. dia tukar cita-citanya. dia ingin menjadi seorang pilot.

bila ayah aku tahu dia ingin menjadi seorang pilot. ayah aku kata. "tak payahlah qhoyi jadi pilot. nanti terhempas senang mati."

emak aku yang mendengarnya terus membidas. "alah. kalau nak mati kat mana-mana pun boleh. kat darat pun boleh mati. kat laut pun boleh mati. kat udara pun boleh mati."

kata-kata emakku ini mengingatkan aku kepada ujaran seorang kakak yang membuka bisnes online. aku berborak sebentar bersamanya sementara menunggu ujian JPJ.

sempat lagi dia mempromote bisnes onlinenya padaku. aku layan sahajalah. berpura-pura seperti berminat. hehe.

"orang kata naik motor lagi senang nak mati. tapi tak lah. kalau kita bawa dengan tak berhati-hati tu mungkinlah akan berlaku kemalangan."

sambungnya kembali. "alah. kalau kita bawa kereta pun kita boleh cedera. orang yang naik basikal pun boleh jatuh. apatah lagi kalau orang yang jalan kaki. boleh je kena langgar. jadi. naik motor tu bukan bahaya sangat. asalkan kita berwaspada."

okeylah. ini boleh mematahkan tanggapan aku yang sentiasa memikirkan bahawa menunggang motosikal itu bahaya. dan boleh mengundang risiko kemalangan yang tinggi.

konklusinya. mula dengan hidup. dan. akhir dengan mati.

yang benar.
amii afandi.

8 ulasan:

L.I berkata...

aku juga penunggang motor....
aku juga bakal mati...
maka berwaspadalah setiap amalan yg bakal kita lakukan....

amii afandi berkata...

ya. betul.
mati itu dekat.

Boyak berkata...

hahaa...abis sekarang apa kesudahannya??

amii afandi berkata...

kesudahannya bila adik aku tu dah besar.

hahahaa.

Arpiiz berkata...

hahaha, dari cerita tentang adik terus ke cerita bawak motor..^^

Zalikha berkata...

hahaha...teringat ayat sheikh muszaphar shukor.dia pon cakap mcm tu.

"Mati itu pasti,HIDUP belum tentu lagi

amii afandi berkata...

arpiiz :hahhaaa. tersimpang jauh.^^

amii afandi berkata...

"Mati itu pasti,HIDUP belum tentu lagi."

wah~ like sejuta kali.

suka ayat tu:)